Saturday, August 27, 2011

SALAM AIDILFITRI 2011

Salam Aidilfitri utk semua kengkawan.....
dah balik kg ke belum...?
kalau yg belum tu hati2 dijalan raya....
makesure everything safe....
kalau nak lagi save... naiklah perkhidmatan awam.."kajian mengatakan , 50% lebih selamat dengan menaiki perkhidmatan awam..." cam pernah dengar jer ayat tu...he3

apa apa pun... harap semua enjoy raya utk tahun nie...
kalau ade rezeki lebih tu....
rajin2 lah bersedekah kat budak2 yang datang beraya...
org gomen kan dapat bonus....tak cam teman...hu hu hu
kena le buat pinjaman raya...kah3

budget lari jugak tahun nie... he3

utk semua kawan2..


So !!!
enjoy the Raya..
makan puas2.. yang penting yummy yummy !!!
sentiasa berhati2...
Ingat...! tahun depan nak raya lagi...




Monday, August 22, 2011

Siapa kita sebenarnya... Kisah Budak Penjual Kuih

Tertarik dengan satu kisah dlm blog .....Syahdu sungguh cerita yg disampaikan....terasa bila kita memikirkan siapa kita sebenarnya....


Kisah Budak Penjual Kuih

 Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu... Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sampil menepuk-nepuk perut.


Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pakcik, kakak atau makcik?"

Molek sungguh budi bahasanya! Mamak di restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemui enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpancul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa, abang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya...!


Nota:
Siapa kita sebenarnya... satu persoalan yang pilihan jawapannya adalah di tangan kita sendiri...
dipetik daripada blog It's me BART - Kiranya nya kau membaca

Saturday, August 20, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA @ PARKING OPIS....YUMMY

Ala cute nyer.....
itulah muka muka kecerian anak anak yatim yang diraikan....
kepuasan tergambar bila melihat kanak2 tersebut happy dan enjoy dengan majlis yg meraikan mereka...
Majlis meraikan sambutan berbuka puasa pihak pengurusan bersama kakitangan, anak yatim,ibu tunggal dan juga golongan berkerperluan. Diadakan di perkarangan parking Opis bermula dari pukul 4 ptg lagi. teman cam biasalah always one of the comittee majlis....
apalagi kalau tak serve VVIP...
Our Chairman Dato' Brahim Haji Badawi .
Dengan Tema Red And white , we serve our Guest dgn pelita...ha3
tu simbolik sempena majlis berbuka...
sesi bermula pukul 4 petang utk pembahagian bubur lambuk kepada semua kakitangan yang pulang bertugas dan juga masuk berkerja....berserta beg goodies khas 1malaysia yang mengandungi sticker,buku dan juga poster.
seterusnya majlis berbuka puasa bermula dlm pukul 5;30 ptg..
menyambut ketibaan para jemputan dan juga anak2 yatim dari sekitar daerah labu.
Semua disambut dengan alunan gamelan daripada pemuzik gamelan jemputan


Seterusnya hadirin dipersembahkan dengan Nyanyian Nasyid oleh pelajar practikal kat our company dan juga persembahan sajak dari kakitangan.
lepas tu, upacara penyerahan sumbangan kepada 67 anak2 yatim, 12 ibu tunggal dan juga  8 golongan berkerperluan..
sebelum majlis diserikan dengan bacaan ayat2 suci al Quran oleh ustaz Mustakim sebelum masuknya waktu berbuka.
Menu of the day kira okay ler...
setiap meja dihidangkan kan dengan nasi tomato,kurma ayam,kari kambing. acar sayur,pajeri nenas dan juga daging kicap beserta dgn air cincau.
Utk bahagian stall pula...ada pilihan pelbagai makanan..antaranya. ayam perchik,sate ayam/daging,laksa utara, bubur lambuk,otak-otak, yong tau fu , putu piring , kuehtiaw dan juga mee goreng serta pilihan minuman antara cendol ,air kelapa dan juga air soya.
dan yang paling best tentulah kambing bakar...4 ekor tak silapnya....
so let tgk pic ajelah.....
lapar pulak bila sebut pasal makanan nie kan.... hu hu hu







Selamat menyambut hari raya lah !!!!                                                       baju raya dah dapat sponsor dah....

Wednesday, August 17, 2011

Bukak puasa @ Atrium Cafe , Sunway Tower Hotel

Can u put everything in one bowl ????
kalau setiap satu boleh lah !!!! ha3...
that the tarikan at Atrium Cafe @ Sunway Tower Hotel...
that why the ABC so special.....
making by your own.... choice what u want...easy kannn !

actually we all at our dept together2... bukak posa with our sponsor from pastry pro...
thanks to Madame Adelane and also Mr Ong...
thanks for the lovely place and food.....
next time open table lagi ye...... he3
 dessert selection.... variaty but tak sempat nak makan pun..... perut dah full...he3
Fresh fruit selection..... Nice before open fasting... GONE after 10 minute after open fasting....just left the empty basket....only with the pineapple crown.... so kebulur everybody...ha ha ha


Selection of buffet lane... from local to internatioanl... from east to the west !!!

 the petite selection of kuih2 melayu n nyonya......yummy !!!

So now what goes inside my stomach on that day !!! ha ha ha....
i'm the food compresser.... !!!! yukkkk!
to take the berkat of Ramadhan.....
firstly of course 1 number of kurma.... Alhamdulillah.....
 then... the lafaz Bismillah.... our food marathon begin.... he3
my first dinner plate including the 5 beef satay, 2 small piece of lemang, glutinous rice ball with peanut sauce and 3 types of serunding....then ceaser salad , mushroom salad , beef salaf , anchovies salad , seafood salad , pasembor and sesame roll with ham...and also 2 jeruk....tu yg terliur dulu....he3
byk ker ??? no lah , just a small portion each....

my 2nd plate in a dessert plate tau... not dinner plate....
consist food from the hawkers stall..roast chicken with roasted vege , 2 small piece roti canai with chic curry , cucur udang  and sotong kangkung....
after that i take the assam laksa and 1 half of fried Quail.
sorry pic takde.... dah tak sabar sangat !!!
i'm full already......ha ha ha...
than take a break around 15 minute....
mana lagi.....as usual lah ! before we start the 2nd round !!

my 2nd round meal selection from the maincourse buffet line.... to taste the two type of nasi... and 4 types of the protien ( fish / beef / squid and crab ) remember ! to taste only.... emmm
suddenly found hongkong wantan mee.... nak lupakan ???
mungkin tidak...try aje la....he3

finally i took my dessert ABC with my own style...
put some cocktail fruit /  cube of papaya and green apple, some green jelly and bijik selasih..
and the last one... a lot of pamelo segment !!!!
wah !!!! so good !!!
just to share ... dont tell anybody.... before the ABC . i eat assam laksa for the second bowl !!!! ha3.. that assam laksa so best lah !

cam tak caya jer.... makanan akak2 tu.....

with kak shaz and kak yatie... my opis click

Kurus tak semestinya tak kuat makan... kah3
betul tak k.yatie, K.Liza and k.Ku

Kekenyangan tidak menghalang sesi bergambar..... Janji perut kasi cover..... he3
Atrium again next time ??? ok lah... food not bad.


Next xtvt apalagi....window shopping lah !!! melaram ngan baju kurung ..Kah3

Tuesday, August 16, 2011

SUNWAY PIRAMID DECO RAYA..... OH WAU !!!

Oh wau......

cam tu lah tema decoration raya kat sunway piramid this year...
atleast new concept from last year .
taklah macam alamanda. recycle last year punya rumah kan ! he3




Suka tengok wau yang cantik2 kat situ.
berterbangan dan bercahaya....

so enjoy the pic aje lah !!!