Monday, August 6, 2012

salam Nuzul Al- Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Salam Nuzul Al-Quran dari remy untuk semua sahabat.......
 
sumber :- Google

20 comments:

  1. saya disini...
    terima kasih..... utk awk jugak tau....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum remy...salam nuzul Quran...:)

    ReplyDelete
  3. salam nuzul quran buat remy..kat sana cuti ker kerja jugak?

    ReplyDelete
  4. mama
    wassalam....
    mekasih mama.....

    ReplyDelete
  5. eyza....
    terima kasih.....
    kat sini public holiday....
    cuma remy jer keje kat opis nie sensorang...... sebab remy ambil shift duty....

    ReplyDelete
  6. salam nuzul Quran dan salam ramadhan..semoga kita mendapat keredhaanNYA dibulan yang mulia ini..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  7. fahz
    terima kasih byk tau..... salam ramadhan utk Fahz jugak......
    sesama kita tingkatkan amalan dibulan mulia ini......

    ReplyDelete
  8. SALAM NUZUL QURAN.... :-)
    thank info.. :-)

    ReplyDelete
  9. bila dah sampai tarikh nuzul quran, maka ramadan kian hampir meninggalkan kita...jom rabut lailatul qadar 10 mlm terakhir

    ReplyDelete
  10. cikmala...
    terima kasih....
    salam utk cikmala jugak....

    ReplyDelete
  11. cikgu ma...
    benar tu...terasa cepat ramadhan meninggalkan kita.....
    mari kita rebut peluang selagi ada....

    ReplyDelete
  12. leeza....
    utk leeza juga.....
    salam dari remy....selamay berpuasa too.....

    ReplyDelete
  13. cutii? alahai seronoknya bagi yg tengah bercuti skrg nie hehe..remy, eyza nak alamt remy blh...email eyza naa

    ReplyDelete
  14. eyza....
    bagi yg cuti best ler......

    orait.... remy kasi alamat rmh kat sepang nie......

    ReplyDelete
  15. selamat menyambut nuzul quran :)

    ReplyDelete
  16. Eera....
    Utk eera jugak...dan selamat berpuasa.....

    ReplyDelete
  17. semoga kita dapat manfaat daripada amalan membaca dan menghayati Al-Quran..amin =)

    ReplyDelete
  18. 3no gr33ny
    amin.... byk ganjarannya....hidup berlandaskan Al -Quran...sempurna hati dan keimanan....

    ReplyDelete