Monday, August 5, 2013

Syawal datang lagi !!!! jom pulang beraya.......

assalamualaikum semua.....
kita bersua kembali..... dah lama remy tak berceloteh...... Alhamdulillah,..... masih ada kesempatan remy utk entry terbaru,.... maklumlah remy tak sibuk nak balik beraya ke taiping tahun nie.... segalanya utk zara..... so remy cuma beraya kat hospital jer tahun nie......


 
tapi sebelum tu... jom layan photoshoot raya remy yg remy sempat buat bersama kak liza dan juga adik2 practical dari Uitm dan juga Ums.... jgn tak tahu...kat tempat remy skrg dah ramai adik2 baru..... meriah di musim perayaan nie..... dari UMS remy ada 7 adik.... Uitm 29 org , Ikbn ada 31 , student idonesia best 4 ada 25 org dan juga 2 adik dari Asian Culinary School.... cuma penghujung august nie adik2 dari ums dan juga Uitm akan menamatkan latihan industry....


Photoshoot raya nie tak rancang pun.... tapi remy yg suruh adik2 tu pakai baju melayu dan baju kurung utk outside catering sempena launching bubur lambuk hari tu......mood pun tgh ramadhan.... kira sesuai sangatlah server pakai baju melayu dan kurung kan....well camner remy tahu tempat tu cantik... actually remy pi side visit before event hari tu..... tu yg remy perasan this place amat sesuai utk shoot pic raya..... kena sangat dgn mood suasana.....tu yg remy

so bergambar sakan kiteorg dgn kemeriahan suasana hari raya....... diatas pentas dan juga disepanjang deco raya oleh pihak Malaysia Airport yg dibuat khas sempena sambutan hari raya sepanjang ramadhan..... setiap ptg akan ada show disitu utk menghiburkan semua penumpang yg sedang menanti menaiki pesawat ataupun menunggu ketibaan...... meriah setiap petang....
so buat sahabat semua..... enjoy the raya okay..... tolong makan lemang utk remy byk2 tau......kalau ada lebih tapau kat remy sikit..... he3....salam syawal buat semua , dan yg penting..... hati2 sentiasa semasa pulang ke kampung......maaf zahir dan batin dari remy.....
 
P/s :- Bsk baru kad raya remy siap...... he3... kad raya maya aje la......

Sunday, August 4, 2013

Lailatul Qadar - malam penuh berkat...


Keutamaan Lailatul Qadr

Di antara nikmat  Allah subhanahu wa ta’ala terhadap umat Islam, dianugerahkannya kepada mereka satu malam yang mulia dan mempunyai banyak keutamaan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Tahukah anda, malam apakah itu? Dia adalah malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagaimana firman Allah I:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)

Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan hafizhahullah berkata: “Bahwasanya (pahala) amalan pada malam yang barakah itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1000 bulan yang tidak ada padanya Lailatul Qadr. 1000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut. Maka dari itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berusaha untuk meraihnya, dan beliau bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)

Demikian pula Allah subhanahu wa ta’ala beritakan bahwa pada malam tersebut para malaikat dan malaikat Jibril turun. Hal ini menunjukkan betapa mulia dan pentingnya malam tersebut, karena tidaklah para malaikat itu turun kecuali karena perkara yang besar. Kemudian Allah subhanahu wa ta’ala mensifatkan malam tersebut dengan firman-Nya:

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar

Allah subhanahu wa ta’ala mensifatkan bahwa di malam itu penuh kesejahteraan, dan ini merupakan bukti tentang kemuliaan, kebaikan, dan barakahnya. Barangsiapa terhalang dari kebaikan yang ada padanya, maka ia telah terhalang dari kebaikan yang besar”.(Fatawa Ramadhan, ms. 848)

Wahai hamba-hamba Allah, adakah hati yang tergugat untuk menghidupkan malam tersebut dengan ibadah …?!, adakah hati yang terpanggil untuk meraih malam yang lebih baik dari 1000 bulan ini …?! Betapa ruginya orang-orang yang menghabiskan malamnya dengan perbuatan yang sia-sia, apalagi dengan kemaksiatan kepada Allah.

Mengapa Disebut Malam “Lailatul Qadr”?

Para ulama menyebutkan beberapa sebab penamaan Lailatul Qadr, di antaranya:

1. Pada malam tersebut Allah subhanahu wa ta’ala menetapkan secara terperinci takdir segala sesuatu selama 1 tahun (dari Lailatul Qadr tahun tersebut hingga Lailatul Qadr tahun yang akan datang), sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ * فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ * [الدخان/3، 4]

“Sesungguhnya Kami telah menurukan Al-Qur`an pada malam penuh barakah (yakni Lailatul Qadr). Pada malam itu didedahkan segala urusan (takdir) yang penuh hikmah”. (Ad Dukhan: 4)

2. Karena besarnya kedudukan dan kemuliaan malam tersebut di sisi Allah subhanahu wa ta’ala.

3. Ketaatan pada malam tersebut mempunyai kedudukan yang besar dan pahala yang banyak lagi mengalir. (Tafsir Ath-Thabari IV/200)
Bila Terjadinya Lailatul Qadr?

Malam “Lailatul Qadr” terjadi pada bulan Ramadhan.

Pada tarikhl berapakah? Dia terjadi pada salah satu dari malam-malam ganjil 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِفِي الْوِتْرِمِنَ الْعَشْرِالْأَوَاخِرِمِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul Qadr itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan)”. (H.R Al Bukhari no. 1878)

Lailatul Qadr terjadi pada setiap tahun. Ia berpindah-pindah di antara malam-malam ganjil 10 hari terakhir (bulan Ramadhan) tersebut sesuai dengan kehendak Allah Yang  Maha Kuasa.

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin rahimahullah berkata: “Sesungguhnya Lailatul Qadr itu (dapat) berpindah-pindah. Kadang2 terjadi pada malam ke-27, dan terkadang terjadi pada malam selainnya, sebagaimana terdapat dalam hadits-hadits yang banyak jumlahnya tentang masalah ini. Sungguh telah diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Bahwa baginda pada suatu tahun diperlihatkan Lailatul Qadr, dan ternyata ia terjadi pada malam ke-21″. (Fatawa Ramadhan, hal.855)

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz dan Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Qu’ud rahimahumallahu berkata: “Adapun pengkhususan (memastikan) malam tertentu dari bulan Ramadhan sebagai Lailatul Qadr, maka perlukan dalil. Akan tetapi pada malam-malam ganjil dari 10 hari terakhir Ramadhan itulah kemungkinan terjadinya Lailatul Qadr, dan lebih memungkinkan lagi terjadi pada malam ke-27 karena telah ada hadits-hadits yang menunjukkannya”. (Fatawa Ramadhan, hal.856)


Di antaranya adalah hadits yang diriwayatkan shahabat Mu’awiyah bin Abi Sufyan t:

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ إِذَا قَالَ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ: لَيْلَةُ سَبْع وَعِشْرِيْنَ

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwasanya apabila beliau menjelaskan tentang Lailatul Qadr maka beliau mengatakan : “(Dia adalah) Malam ke-27″. (H.R Abu Dawud, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud dan Asy-Syaikh Muqbil dalam Shahih Al-Musnad)

Tanda-tanda Lailatul Qadr

Pagi harinya matahari terbit dalam keadaan tidak menyilaukan, seperti halnya bejana (yang terbuat dari kuningan). (H.R Muslim)

Lailatul Qadr adalah malam yang tenang dan sejuk (tidak panas dan tidak sejuk) serta sinar matahari di pagi harinya tidak menyilaukan. (H.R Ibnu Khuzaimah dan Al Bazzar)

Saturday, August 3, 2013

Suka duka ramadhan 2013 ..... Anugerah tidak ternilai....

Emmmm……
salam buat semua....... 
setelah sekian lama..... remy mula bersuara....... jauh remy mengelamun hari nie…. Mengingatkan suka duka episode ramadhan versi 2013 yg cukup bermakna…. Limpahan keberkatan…kurniaan yg tak ternilai…..limpahan Rezeki dan juga episod kehilangan yg cukup memberi pelbagai rasa pada remy dan juga seluruh keluarga pada ramadhan kali nie…. 

Sebelum melabuhkan tirai ramadhan…. Terlebih dulu remy memohon maaf diatas kehilangan hampir sekian lama dialam maya….. tiada entry2 terbaru….. tiada khabar menjengah….. remy hanya melihat dari jauh….. betapa kemeriahan kenkawan dialam maya……hanya masa terus berdetik….. menghitung detik2 berlalu……kerana……

Alhamdulillah…. 
Berkat kemuliaan Ramadhan…14 Ramadhan @ 23 July 2013…akhirnya Qaseh Zara Azhar dilahirkan melalui kaedah pembedahan……cukup ringkas namanya tapi penuh bermakna kehadirannya buat remy sekeluarga…tak sangka remy dah bergelar ayah!…...Zara bermaksud puteri ….. dialah buah hati yg sekian lama dinanti nanti……..…. Melihat kelahirannya yg pramatang dan sampai masa nie masih lagi ditempatkan di dlm incubator., itu sudah membuatkan hati remy tersentuh….. doakan Qaseh Zara sihat Walafiat ye sahabat semua…..
Jadi raya tahun nie ,memang remy tak pulang ke kampung…. Sebab nak menemani Qaseh Zara kat spital tu…thanks my laling for the wonderful gift for me this year.....insyaAllah kita akan jaga Qaseh Zara sebaik mungkin.....… dikesempatan ini juga remy nak ucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan dari keluarga , kenkawan dan juga sahabat semua tak kira dimana berada..nyata mahupun maya...……tak terbalas rasanya oleh remy dgn doa doa yg dititipkan dan juga kata kata nasihat yg amat remy hargai…… semoga Allah membalas segala kebaikan sahabat semua….. Amin…. 
Episode duka ramadhan juga bermula beberapa jam sebelum Qaseh Zara dilahirkan……pada 22 july....perginya seorang ibu saudara remy yg amat rapat dgn remy sekeluarga…… arwah maklong yg cukup remy sayangi….. kekadang remy anggap maklong nie macam nenek pun ada…..setelah arwah melalui detik2 kehilangan dua anaknya pada tahun lepas….. dan juga anak sulung yg disahkan strok awal tahun nie….. akhirnya maklong pergi juga meninggalkan episode lara yg sekian lama beliau simpan didalam hati….. remy tak sempat nak pulang sebab ptg tu dah ada kat Hospital......semoga Arwah Maklong tenang2 disana.....Alfatihah.....Amin
Remy rasa cukup sampai disini dulu….. byk sebenarnya entry yg remy simpan… rasanya biarlah ia tersimpan aja…….mana yg sempat …… remy akan usahan hapdet entry2 tu….. buat masa nie…. Memang waktu menjadi sahabat sejati buat remy…. Dan hospital menjadi bff sejak beberapa hari yg lalu………..lepas kerja jer….. disanalah tempat remy setiap hari……..
Sampai jumpa lagi sahabat semua…… tunggu entry raya photoshoot dan juga iftar yg mana sempat remy paparkan nanti….. maaf sekali lagi andai remy gagal utk bw ke blog sahabat semua……InsyaAllah… selepas semua selesai…. Remy akan kembali seperti sedia kala……. Wassalam……


hiaslah dirimu wahai 10 malam terakhir Ramadhan...


Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.
Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir  berbanding pada masa lain.  
Aishah (RA) berkata bahawa nabi: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).
Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.”(Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira).
1.Luangkan masa untuk Allah.
Kita akan berehat seketika  untuk hampir segala-gala aktiviti didalam hidup. Kenapa tidak kali ini dengan memberi tumpuan kepada menyembahan dan mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita.
Sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit masa jika boleh. Berjaga pada waktu malam untuk melakukan Ibadah qiamullail, tidak perlu risau tentang untuk pergi bekerja pada keesokan harinya. Insyallah, ia tidak akan menjejaskan kita pun. Siyes!
2.  I’tikaf.
Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan, duduk dalam masjid untuk I’tikaf.
Orang-orang yang beri’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk amalan (mengingati Allah), seperti melakukan solat sunat, membaca dan memahami al-Quran. 
3. Amalkan Doa khas ini.
Aishah, ra berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan semasa doa?’
Baginda berkata: “Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ” (Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).
4.Merenung makna al-Quran.
Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.
5.  Berdoa supaya dosa dihapuskan.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata: Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah,  semua dosanya pada masa lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim).
.
Cuba untuk membuat doa anda lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Jika anda sudah biasa dengan surah yang   panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna daripada surah.
Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan / atau mudah terganggu.
6.Buat satu senarai Doa peribadi.
Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita
.
7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam
Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.
Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).
Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan  doa dalam bahasa kita sendiri ( tidak semestinya bahasa arab ), dengan ikhlas dan keyakinan.

8.Berbuka dengan keluarga
Jika kita selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga kita
Tips ini adalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita dilakukan. Tentukan bagaimana  malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini digunakan.
Ini akan membantu kita untuk mengelakkan daripada kerugian pada Malam Lailatul-Qadar iaitu dalam 10 hari terakhir..
Semoga kita dapat  meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali 






 

Template blog ilham dari alif ismail