Friday, July 31, 2015

khasiat limau kasturi


10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI 


1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

selamat mencuba semua....


sumber dan pic :- Google

Thursday, July 23, 2015

Salam Lebaran 2015 - 1 Syawal Kenangan terindah..

Salam bertemu lagi semua.....
akhirnya dapat juga remy hapdek untuk raya tahun nie.......
so kepada semua....
Air tak selalu jernih
┆begitu juga ucapanku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊✽̶ ┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Kapas tak selalu putih ┆begitu juga hatiku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊
┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Langit tak selalu biru ┆begitu juga hidupku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Jalan tak selalu lurus ┆begitu juga langkahku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Jika Maaf itu bisa terucap hari ini ┆Untuk Apa menunggu hari raya tiba?
┆Sedangkan hembusan Nafas pun
┆Kita tak pernah tau Bila akan ┆Berhenti...
┆maka dari itu ku ingin Mohon Maaf atas
┆Kesalahan Kekhilafan maupun ┆Perbuatan yg sengaja ataupun tidak
┆sengaja..yg membuat sakit hati kalian └┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊✽̶.
. Setelah ramadhan pergi
. Sebelum aidil fitri menghilang
. Sebelum kehidupan semakin sibuk
. Sementara peluang masih ada

┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶'"'"""""┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Dengan ini saya mengucapkan
Slamat hri raya aidilfitri..maaf zahir dan batin...
#jmput2 ar...mnta duit raya..hahaa

maaf remy pinta selama mana remy bertinta disini.....yg baik dari Yang Maha Esa,..... dan yang buruk itu khilaf remy sendiri....
sesama kita menginsafi diri......
Tunggu entry2 raya kalau sempat remy tuliskan nanti...... semoga bertemu lagi sahabat semua....
salam syawal.....
salam kemanisan dari remy sekeluarga.....


Tuesday, July 14, 2015

Deco Raya @Opis 2015 - ini tahun.... colourful juga tema......

salam semua.....
hi dah tinggal berapa hari jer lagi kita nak meninggalkan ramadhan......
remy rasa sedih..... cepat sangat ianya berlalu..... terasa diri dihambat waktu......
semoga ada kesempatan lagi ditahun2 yang akan mendatang..... InsyaAllah... amin amin.... utk kenkawan semua juga....semoga masih lagi bernafas untuk ramadhan yang akan datang.....
so kisah raya kita tak habis lagi..... sana sini berdentum bunyi mercun...tanda raya dah semakin hampir tiba...... sana sini sibuk buat persiapan...... tapi ingat..... biar sederhana.... jgn lah konsep biar papa asal bergaya dipraktikkan.... kalu dulu takpe...
tapi dalam zaman sekarang.....ramai yang ikat perut.... betulla kata #sayaZAHRA  ... belajar tinggi pun kita kekadang mengemis dinegara sendiri...... zaman sekarang segalanya perlu ada... dan itu semestinya tiada yang percuma..... semakin maju kita... semakin tertekan kehidupan.... agaknya itulah yg perlu dibayar dgn kemodenan .. tapi #sayasayangkanMALAYSIA ...... malaysia tetap dihati......
 so kali nie remy nak tunjukkan deco raya @ Opis2015..Istimewa deco opis tahun ni biarpun dibuat last minute hasilnya terserlah….. colourful sesangat . ha3…..Tema warna meriah dengan tulisan Hari raya yg warna warni….Ada yg kata konsep morocon…. Konsep kenduri kawin…. CNY pun ada… lantaklah… yang penting ia penyambut di depan pintu opis setiap kali orang masuk….. pada kiteorg… konsepnya haru biru…. Mix and match aje apa2 stock yg ada…. Kalau tambah pun Cuma bunga dan konsep yang baru….
Yang lain2 tu semua barang2 lama…. Mana ygang boleh pakai kiteorg guna…. Janji Nampak cantik….yang penting opis kiteorg tetap yg terbaik dari opis2 lain…..ha3…. tertiba riak kejab…. Nampak sangat remy nie takde kerja nak buat… boleh deco opis bagai…..nasib baik bos sporting… gasak kau la nak hias camner…..

So , ini lah konsep tahun nie… tahun depan kita fikir designcamner plk nanti, biar meriah dan yang penting semangat nak raya terpahat dihati…..sebabnya Alhamdulillah… opis remy semuanya dapat balik raya sebab kite org bukan bahagian operasi atau produksi…yang tu terpaksalah bergilir2 untuk memohon cuti raya…
So selamat berhari raya semua … semoga lebaran tahun nie memberi seribu erti buat semua….tunggu ecard raya remy nanti ye…. Entry penutup sebelum raya…. InsyaAllah….
Sampai jumpa lagi…

Friday, July 10, 2015

Deco Raya - IOI City Mall, Putrajaya...... disana kampung tercipta....

salam bertemu lagi sahabat semua.....
salam ramadhan yang ke 23..... selamat berpuasa dan juga salam jumaat yang terakhir di ramadhan ini........
sekejab jer masa berlalu... siang malam siang mlm.... ramadhan dah sampai kepenghujungnya... terasa cepat masa berlalu.....cmner hari nie..... masih gagah untuk meneruskan amalan kita......
InsyaAllah... semuanya ok kan..... kita bukan nya budak2 lagi....... kalau dah dewasa nie... dah tak terasa sangat keletihan berpuasa tu... mcm biasa2 jer......

 Tapi apa yang remy nak cerita kali nie... biasalah bila nak dekat dengan lebaran nie... perang deco raya antara shopping2 complex...... kalau lagu raya tu toksah dok cerita...... start 2 minggu jer before raya.....suasana hari2 anda terus bertukar..... takbir raya pun dah berkumandang.... agak2 ler DJ yang putar lagu tu... pilih ler selection lagu yang bersesuaian.... lagu raya tapi yang lebih bersesuaian.....lagipun banyak pilihan...... tapi entahlah..  suasana kat Mesia nie.... nak sambut raya lagi meriah dari nak sambut Ramadhan...... dah jadi tradisi....kita yang blkg2 nie... ikut aje la.....

cerita pasal meriah....kali nie remy nak tunjuk deco raya kat IOI city Mall , Putrajaya..... Antara shopping complex terbaru yang gah seantero malaysia...... sana sini shopping complex dok bukak. Punya la besaq.... tak lenguh ker depa dok jalan..... remy pun sampai skrg tak habis lagi melangkah kat IOI city mall yang sedabak tu...... letih bila dah tua2 nie...... he3.... tapi sesekali cuci mata... kita layan jer... bukan apa, keindahan seni bina dan kreativiti pereka2 hiasan dalaman shopping complex nie kekadang cukup mengangumkan....mcm stetsen keretapi kat sunway piramid dulu... sampai sekarang jelas terbayang... cantik.....
Deco kat Ioi city mall nie kira oklah... back to hometown org kata.... biasalah... bila time raya jer... mesti teringat kampung halaman..... tapi sayang, suasana kat kampung byk yg tak macam dulu lagi..... segalanya kekadang cuma tinggal nostalgia..... kan...skrg byk yg dah berubah...... dihimpit dengan komodenan teknologi dan kemajuan IT..... pelita buluh dan pelita minyak tanah dah semakin nak pupus..... yg ada pelita LED..... pegang tak melecurkan tangan.... di dokat tak menghitamkan lobang hidung....he3
so jom kita layan semua pic2 nie yang sempat remy snap...... next entry remy tunjukkan deco raya kat opis remy pulak ... tetap nak glamer jugak opis tu...... padahal.... raya besok tingal pc kerusi meja jer.....sunyi dan sepi tapi semangat raya mau kental.....he3
sampai jumpa lagi sahabat semua....selamat berpuasa...