Sunday, December 11, 2011

KITA MAMPU MELAWAN NAFSU

Untuk membangunkan semangat juang mestilah bermula dengan membangunkan sikap yakin diri. Dan keyakinan diri pada umat, mesti dimulakan dengan menyalakan keyakinan diri dalam setiap peribadi muslim. Setiap diri umat Islam mesti ingat bahawa Allah telah mentakdirkan kita hidup. Bila ini kita terima sebagai kenyataan, maka kita akan rasa layak untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Mengapa?
Mustahil Allah mencipta kita untuk gagal – sebab DIA Maha Pemurah dan Penyayang. Tuhan mahu hambaNya berjaya dan untuk itu kita telah diberikanNya segala kekuatan dan kelengkapan untuk berjaya. Tugas kita hanya mengenali dan menerokai kekuatan serta kelengkapan yang dimaksudkan. Setiap manusia tidak dibiarkan oleh Allah S.W.T begitu sahaja tanpa kelebihan masing-masing.
Kata bijak pandai ”TUHAN tidak mencipta manusia bodoh. TUHAN mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza.” Oleh itu setiap manusia mestilah berkeyakinan bahawa dunia tidak akan lengkap tanpa kehadirannya!

Ya, setiap kita adalah khalifah (wakil) di muka bumi dan setiap khalifah mesti dibekalkan segala kelangkapan untuk menjalankan peranannya. Jika kita rasa lemah, tidak berdaya...itu bukan ertinya kita memang lemah dan sedia tidak berdaya, tetapi cuma kita belum mengenali dan menerokai kekuatan diri yang sebenar. Atau kita telah menemuinya tetapi belum menggunakannya secara maksimum.
Justeru, pakar psikologi mengingatkan, setiap manusia adalah lebih kuat daripada apa yang dia sendiri jangkakan terhadap dirinya!

18 comments:

  1. betul tu woofer.....
    mari kita sama2 melawan nafsu...

    ReplyDelete
  2. kalau kita yakin dekat diri kira 10o% barulah semua perkara boleh kita lakukan dengan semangat yang kuat :))

    *ayat dah pelik da ni -_-'

    ReplyDelete
  3. setiap apa yang nak kita buat, mesti bermula dengan diri sendiri kan.

    ReplyDelete
  4. most importantly, everyone has to keep maintain all the good things and do the good things only. if there's bad surrounding us, moga2 dijauhkan :')

    ReplyDelete
  5. ss petik kata2 seseorang.. "Manusia ni kalau pandai lawan nafsu, selamatlah dia. kalau tidak, lingkuplah dia."

    jadi, renung2 kan.. ^^

    ReplyDelete
  6. kata2 motivasi..yeah! kasi mint kan energy kita...ske ngn 1st pic tu....ijau itu mendamaikan...

    ReplyDelete
  7. jati diri yang kuat mampu menghalang segala masalah yang mungkin merugikan diri kita sendiri

    ReplyDelete
  8. semua manusia ada kelebihan tersendiri...so jgn terlalu ikut nafsu...

    ReplyDelete
  9. Nice sharing remmy..mmg kita ni selalu pandang rendah kebolehan diri sendiri :)

    ReplyDelete
  10. salam kenal datang sini dr blog Empayar Utama..

    yupp kalaulah semua manusia sedar bahawa setiap diri ada keistimewaan masing2 jadi x da jeles sesama sendiri dan phd pun dapat di'kiok' kan...

    ReplyDelete
  11. berbuatlah baik selagi akal dan bdn kita sehat..hidup kt dunia ni xde apa2 mlainkan beramal soleh for the sake of jannah..zaman je yg berubah.tp amal ibadat xpernah berubah. sedangkan bekerja juga satu ibadat.. sbb tu guna akal sebaik2nya..

    ReplyDelete
  12. sentiasa yakin pada diri sendiri, kita semua boleh!!!

    semangat nie :)

    ReplyDelete
  13. teman setuju benar ngan semangat kenkawan kat atas ......
    jom kita semua jadi yg terbaik....
    dlm kehidupan dunia dan juga akhirat.....amin

    ReplyDelete
  14. Semoga dapat jadi yang terbaik. Satu perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
  15. kadang tidak sedar kelebihan sendiri melainkan tersedar sebab disedarkan oleh orang sekeliling... ^_^"

    ReplyDelete