Friday, April 13, 2012

Apa yang Kita Fikirkan.........

APA YANG KITA FIKIR KETIKA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG? DARI KITA BERDIAM KOSONG, NIATLAH DENGAN YANG BAIK BAIK...




1. Ketika berkumur,berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku ditangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau danbukan tempat-tempat maksiat".




17 comments:

  1. Trm kasih bang ..kadang2 kita terlupa untuk berniat sebegini ketika mengambil air sembahyang huuu :(

    ReplyDelete
  2. thankz for sharing..betul la, kadang2 main amik je wudhu tp hati ntah ke mane..

    ReplyDelete
  3. betul.afzal diajar macamtu sejak dr sekolah lagi.sewaktu kita nak amik air wudhuk, setiap part2 tu kita doa.

    contohnya muka - ya Allah ko serikanlah wajahku, pancarkanlah cahaya Nur Mu

    tangan - ya Allah ko berikanlah kitab amalanku dengan tgn kananku, dan jgn ko berikan kitab amalanku dgn tgn kiriku atau blakang

    kaki - ya Allah, ko tetapkanlah kakiku di atas titian siratul mustaqim Mu

    macamtu la adanya.bergantung korang nak doa mcmna :)

    ReplyDelete
  4. ilmu yg bermanfaat untuk kita semua.. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas ilmu yang dikongsi..sebelum ni hamba hanya amalkan sesetenah sahaja dek terlupa akan ebberapa yang lain

    ReplyDelete
  6. umie...
    lepas nie leh ler kita sama sama amalkan.....

    ReplyDelete
  7. linda...
    betul tu... sama ngan remy... kekadang ambil wuduk pun dok bersembang lagi....

    ReplyDelete
  8. afzal.... setuju ngan tok....
    doa mcmmana pun.... janji niat yg baik2....

    ReplyDelete
  9. citra....
    benda yg elok.... lebih baik berkongsi....

    ReplyDelete
  10. 3no gr33ny...
    insyaAllah...lepas nie boleh cukupkan semuanya.....amin

    ReplyDelete
  11. nice post :)

    kadang2 kita tlepas pandang benda2 cmni..

    ReplyDelete
  12. Dari mula kita berwhuduk sampai ke kita berdoa afalah ibadat. Janganlah kita berkata kata selain untuk mendapat keredhan.

    ReplyDelete
  13. sis....
    betul tu....
    perkara mudah yg kita sering terlupa....

    ReplyDelete
  14. abe....
    remy nsetuju ngan abe.....
    semoga kita semua mendapat keberkatan....

    ReplyDelete
  15. ayie....
    harap ayie dpt share nanti ya.....
    boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca...

    ReplyDelete
  16. selalu amalkan....kadang kalau tergesa2 nak cepat kejarkan masa memang mana yang sempatlah~


    *malu tapi itulah hakikatnya bila jadi hamba masa sebabkan peraturan manusia...hmmmmm

    ReplyDelete
  17. aien.... setuju...
    kekadang kita jadi hamba masa yg kita tak sedari....

    ReplyDelete