Friday, September 7, 2012

Tenangkan hati..... rawatlah jiwa


Petua tenangkan hati oleh dr. fadzillah kamsah
**************************************
 
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
 
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
 
14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

17 comments:

  1. tq for great sharing... smoga trlps resah didada ini..aamiin

    ReplyDelete
  2. ishy77....
    insyaAllah... Allah maha mengetahui dan mengasihi.......

    ReplyDelete
  3. yg last sekali tu..kdg2 tertumpang dengar jugak,nak lari jauh2 xblh....adeh..terima kasih perkongsiaan ni,mmg berguna utk hati...:)

    ReplyDelete
  4. aishah....
    abg remy pun sama.... he3....
    susah nak elak..... tapi kalau boleh kita cuba cuba ler....

    ReplyDelete
  5. yup.... setuju sgt....
    terima kasih....

    ReplyDelete
  6. leeza....
    sama sama.....
    selamat beraya.....

    ReplyDelete
  7. nice sharing remy..

    hati permulaan segala2nya...maka hati kena tenang selalu baru jiwa tenteram.

    ReplyDelete
  8. bagus petua ni..boleh la nak membantu merawat hati yg resah

    ReplyDelete
  9. eyza...
    betul tu... segalanya bermula dgn hati dan niat... kalau baik dihati..... tenang lah jiwa.....

    ReplyDelete
  10. eera.....
    sesama kita praktikkan.....
    moga ketenangan milik bersama....

    ReplyDelete
  11. shida....
    Thanks :)
    utk panduan remy jugak.....

    ReplyDelete
  12. thanks remy, bgusla tips dari dr.fadzillah kamsah ni. Hope linda boleh amalkan semua tips ni..:)

    ReplyDelete