Monday, November 19, 2012

Qunut Nazilah .... sesama kita berdoa...

Salam utk semua....
salam bertemu lagi...... hari ni remy nak berkongsi satu doa . demi utk saudara saudara kita di Gaza.....
kredit utk Ayie utk Doa Qunut Nazilah ni....
remy ambil entry nie dari blog ayie..... nak berkongsi pada semua.....

daku amat menyintaimu

Maksudnya : 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau.”

Selamatkan Gaza
Doa Qunut Nazilah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W ketika pembunuhan para penghafaz Al-Quran. Doa Qunut Nazilah ini SUNAT dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana, musibah, peperangan, wabak penyakit, kemarau & lain2.

Semoga Allah mendengar isi hati kita semua..... sedih dgn apa yg berlaku disana dan juga umat islam lain diseluruh dunia..... kuatkan keimananan mereka semua......amin

29 comments:

  1. anisa...
    kredit to ayie..... benda yg baik kita kongsi bersama....

    ReplyDelete
  2. Trima kasih sgt2 ..a very good sharing.jom sama2 kita amalkn doa ni,amin :)

    ReplyDelete
  3. QA's....
    sama sama.....kata2 adalah doa.... hanya itu yg kita mampu lakukan....

    ReplyDelete
  4. hanya doa yg mampu kita panjatkan buat mereka...

    ReplyDelete
  5. thankz for sharing..semoga cepatla peperangan ni tamat. Dah xsggup tgok kanak2 yg x bersalah

    ReplyDelete
  6. Memang dah sampai masa kita baca Qunut Nazilah ini. Surau tempat kakak dah mulakan sejak 2 Muharram lepas.

    ReplyDelete
  7. cikgu ma...
    betul tu...apakan daya kita.... moga doa2 kita dimakbulkan....

    ReplyDelete
  8. linda....
    same with remy..... sayu bila lihat kanak2 dan org awam menjadi mangsa.....

    ReplyDelete
  9. hairy...
    sedih kita melihat...yg menanggung...? betapa peritnya kesengsaraan.....

    ReplyDelete
  10. kak zakie....
    Alhamdulillah......kak...
    kita membantu sedaya yg mampu...... moga peperangan dapat dihentikan....

    ReplyDelete
  11. leeza....
    bila air mata sudah tak bererti lagi......dunia terlalu kejam buat mereka......

    ReplyDelete
  12. sebak tgok gmbr..entah..rasa cam xberguna pun ada sbb xdpt bantu..Thanks for sharing..:)

    ReplyDelete
  13. apa la salah kanak-kanak kan..kesian

    ReplyDelete
  14. Domukon....
    Usaha kita dari jauh......hanya doa buat permulaan..... jauh kan mereka dari sengsara.... hentikan peperangan.

    ReplyDelete
  15. Inche hlovate
    itulah...kasihan pada kanak2 yg tak berdosa.... takde belas ehsan langsung rejim israel tu.....

    ReplyDelete
  16. salam bro.
    Thanks sharing bro remmy.

    ReplyDelete
  17. Bro tirana....
    wassalam .....
    mekasih...kita doakan bersama sama ya.....

    ReplyDelete
  18. Tq remy coz share.. sama2 kita berdoa utk gaza

    ReplyDelete
  19. sama2 kita berdoa abg remy.


    #kanak2 tak berdosa jadi mangsa :(

    ReplyDelete
  20. ayie...
    betul ayie...kalau kita tak tersentuh , nampak sangat kita bukan berhati manusia..... palestin dan israel ibarat langit dan bumi.....

    ayie..malware tu main cak2 pulak..kejab ada kejab takde....

    ReplyDelete
  21. eyza...
    insyaAllah...doa setiap masa utk gaza.... hentikan kesengsaraan mereka.....

    ReplyDelete
  22. aien...
    insyaAllah...doa utk gaza....

    ReplyDelete
  23. Terima kasih Remy. Ini boleh diamalkan. Semoga saudara2 kita2 aman di sana ;-)

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum remy...sedih tengok kanak2 yg jadi mangsa kekejaman manusia ni...;(

    ReplyDelete
  25. sha..
    insyaAllah... biarpun sudah dihentikan serangan... tapi penduduk gaza perlu bangkit bangunkan kembali negara mereka....

    ReplyDelete
  26. mama...
    wassalam... remy kekadang sampai takut nak tgk berita atau gambar pasal peperangan... sayu rasanya....

    ReplyDelete