Apakah erti syukur?
Dari segi bahasa, syukur maknanya pujian.
Yakni pujian apabila mendapat kebaikan atau kelebihan dengan menyebut kabaikan orang memberi itu. Apabila manusia menghargai kelebihan yang ada pada dirinya maka itulah modal awal untuk bersyukur. Jadi sudah sewajarnya manusia bersyukur kerana setiap manusia mempunyai kelebihan.
Kalimah syukur juga bererti ’penuh’ atau ’lebat’. Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat dan rimbun. Kesan bersyukur, rezeki yang sedikit akan ditambah oleh Allah menjadi banyak. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah menerusi firmanNya yang bermaksud: ”Jika kamu bersyukur, sungguh pasti AKU akan tambah apa yang ada pada diri kamu.” (surah Ibrahim 14:7)
Manusia bukan sahaja tidak pandai berterimakasih sesama manusia malah tidak pandai berterimakasih kepada Allah. Berterimakasih kepada Allah itulah yang dinamakan bersyukur. Namun setiap sesuatu yang berharga tentulah sukar untuk mendapatkannya. Begitu jualah dengan sifat syukur. Syukur tidak boleh dipaksa, ia perlu muncul dari dalam hati dengan kerelaan.
Rahsia ketenangan dan kejayaan adalah dengan berpegang kepada prinsip: ”Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu.” maksudnya dalam apa-apa keadaan sekalipun hendaklah berfikir secara positif dengan melihat kepada kelebihan bukan kekurangan.
Orang yang bersyukur akan berusaha menampakkan kesan nikmat Allah kepada dirinya. Acapkali hal yang sebaliknya berlaku dalam masyarakat. Ada individu yang sukar hendak menampakkan kesan nikmat Allah sekalipun dengan kata-kata. Apabila ditanya tentang keadaan hidup atau perniagaan, ada yang menjawab: ”Bolehlah sedikit-sedikit, sekadar cukup-cukup makan.” Sebaliknya apabila ditimpa kesusahan, belumpun orang bertanya dia akan menampakkan kesan kesusahannya itu dengan nada sedih, kecewa dan keluhan. SUKARNYA UNTUK BERSYUKUR!!!
Wallahua’lam
Petikan dan suntingan dari buku ‘Nota Fikir untuk Zikir‘ – Pahrol Mohd Juoi

Pic :- sumber google
Alhamdulillah...syukur dengan nikmat yang kita ada
ReplyDeleteerm...bersyukur bukan hanya pada kata2 tapi perlu disertakan dengan perbuatan(ckp kt diri sendiri)...
ReplyDeleteAlhamdullIllah....syukur sangat2 dgn kurniaan Allah...wpun diuji tetap bersyukur krn tanpa ujianNya kdg2 buat kita terleka...terimakasih kerana perkongsian ini Remy
ReplyDeletekadang-kadang...kita ni je jadi pelupa... tu yang kita kena sentiasa mengingati utk bersyukur...betul tak,remy?
ReplyDeleteinsyaAllah :)
ReplyDeletebangun pagi ni, masih bernafas...ada x lafaz alhamdulillah? tanya pada diri sndiri...huhu
ReplyDeleteheeee,,,manusia mmg tak reti nk bersyukur.tak reti ke lupa ke dop tau la...bila senang memang tak ingat,bila susah baru la ingat ALLAH.tak kata ke orang,Cikmala pong kadang2 lupa.....
ReplyDeleteTazkirah jumaat...thanks 4 sharing remy.. :))
ReplyDeletealhamdulilah..diberi lagi masa untuk bernafas..
ReplyDeletesentiasa bersyukur walaupun bnda tu hnya kecik sja...
ReplyDeletebtul2x..tak pyah jauh..ayut sendri jela..kdg2x dpt sesuatu tu gembira bkn men dulu baru nak bsyukur... -_-" yg penting fikir positif...sekecik2x bnda itu ttp rezeki ..kna bersyukur..in shaa Allah.. :)
ReplyDeletekancil...
ReplyDeletebetul tu..... nikmat Allah tiada tandingan
ayie...
ReplyDeletesesama kita bersyukur...insyaAllah
aisyah...
ReplyDeletebetul......
kita boleh bersyukur dgn pelbagai cara.....
wirda...
ReplyDeleteterima kasih...kita diuji tanda kita diingati.......
anisa....
ReplyDeletebetul...... kekadang kita alpa dgn apa yg kita ada..... kalau remy terlupa harap2 ada sahabat yg menegur nanti.....
FM...
ReplyDelete:)...nikmat Allah..... sesama kita bersyukur.....
cikgu ma....
ReplyDeletenice..... betul....nyawa masih dibadan... alhamdulillah......
cikmala....
ReplyDeletebukan cik mala ye.... remy pun sama...... kekadang Allah bagi sikit je nikmat...kita dah alpa....
mintak2 dijauhkan sifat2 tu.... amin
ashy77....
ReplyDeletesama sama..... peringatan utk remy jugak....
domukon....
ReplyDeleteAlhamdulillah jugak.... kita masih ada ruang utk ucapkan syukur.....
hairy...
ReplyDeletebetul tu......
biar sekecil perkara...... itu semua dari Allah juga....
ayut...
ReplyDeletesesam kita latih lidah kita utk sentiasa bersyukur... InsyaAllah....
assalamualaikum remy...syukur atas nikmat dr Allah...:)
ReplyDeletemama tag remy yer...:)
http://maszull.blogspot.com/2012/12/jom-join-contest-fotografi-ceriakan.html
mama..
ReplyDeletewassalam.....
mekasih tag remy... insyaAllah nanti remy join....
Alhamdulillah, moga kita tergolong di kalangan insan yg bersyukur..
ReplyDeletesyukur dgn nikmat allah beri :)
ReplyDeletesimatatajam...
ReplyDeleteinsyaAllah kak....harap2 begitu....
shida..
ReplyDeletealhamdulillah.... sesama kita bersyukur.....
assalamualaikum remy...sentiasalah bersyukur walaupun hanya sedikit saja benda yang akan kita perolehi...:)
ReplyDeletemama...
ReplyDeletewassalam....
betul mama... kechil atau besar... sikit atau byk...semua itu rezeki dari Allah....