Assalamulaikum semua.....
Kita bersua lagi...kali nie remy nak ajak kenkawan semua tengok teater pulak..... bukan sekarang tapi akan datang......he3.... sebabnya remy dah dapatkan ticket utk menyaksikan teater nie......harap2 ohsem nanti...tak sabar nak tgk awek2 Keponakan beraksi..... terutama fafau tu...... dan juga pelakon lain seperti Misha Omar , Amy Mastura dan juga Rozita Che Wan.
alhamdulillah...dah dapat seat yg cukup ohsem.... lima roll dari depan stage dan yg best dekat tengah2.... kira nice sangat..... nak beli yg mahal tak mampu...ambik yg biasa2 jer la.....lagipun dlm tetaer nie dia ada dua cerita..... NYONYA dan juga THE GANG..
2 in 1..... menarik dengan dua cerita yg berlainan......
so remy beli sebab dapat email dari CTRA production... thanks so much for the info..kalau tak memang remy tak tahu......so bila dah tahu..terus sambar ler...remy kan suka tgk teater......kagum dgn pementasaan terutama kat istana budaya tu.....so jom kita tgk sinopsis teater nie dulu.....
NYONYA & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan. Naskhah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi akan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir. Manakala, The Gang adalah sebuah karya baru yang ditulis dan diarahkan oleh Siti Rohayah Attan.
SINOPSIS NYONYA
SKRIP Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dipanggil sebagai Nyonya yang harus `berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.
Setelah membeli ruang di perkarangan itu, Tuan terus datang dan mahu membeli marmar rumah Nyonya pula. Kemudian, mahu membeli set ruang tamu, diikuti set meja makan dan akhirnya mahu membeli tempat tidur Nyonya. Pelbagai cara dan muslihat digunakan untuk mendekati Nyonya apatah lagi men-getahui suami Nyonya yang tua sedang terlantar di rumah sakit akibat kanser lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah dengan menyatakan lutut Nyonya akan membeng-kak dan berdarah sekiranya Nyonya terus berdiri, lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil.
Dalam masa yang sama Nyonya asyik didatangani 3 Keponakan (Anak Saudara Perempuan) kepada suaminya yang menuntut harta. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta tersebut.
Naskhah ini jika dilihat secara kasar merupakan antara karya yang bersifat humor dan emosi kerana penampilan watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka. Namun, apabila mentafsirkannya secara tersirat ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir ssecara professional.
SINOPSIS THE GANG
THE GANG adalah satu kumpulan karyawan seni yang mempromosi gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat. Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan (supplements) juga ditegur, sebaliknya lebih menyukai kepada perkara-perkara yang tidak sihat dalam hidup seperti ke disko, makan lewat malam dan mengamalkan sex bebas.
Dalam masa yang sama, The Gang juga menasihatkan kaum wanita dan mereka yang sukakan kecantikan supaya tidak terpengaruh dengan produk yang membahayakan hanya kerana mahu menjadi cantik. Sebaliknya, mereka dinasihatkan memilih produk yang diakui keberkesanannya dan tidak mendatangkan kesan negatif.
Konsep persembahan secara muzikal ini menampilkan lima lagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zaid manakala liriknya oleh Siti Rohayah Attan. Mereka akan tampil dalam pelbagai gaya iaitu retro, bersukan dan santai.
Sumber dari AirAsia redtix.
so tunggu apa lagi...moh beli ticketnya.......kalau berminat..klik aja
dah lama tak tgk teater....
ReplyDeletekak sukma....
ReplyDeletejom tgk teater nie.....
lambat lagi...bulan june baru bermula....
Kalau baca sinopsisnya memang sedap tu kalau dapat menonoton Remy. Buat kakak tapi tak adalah dik sebab jauh benar dari JB nak kesana just nak menonton...
ReplyDeleteKak zakie....
DeleteItulah.... remy suka tgk teater... seronok layan... lebih2 lagi muzikal....
lama x tengok teater...hot, menarik dan melets...best jugak ni sekali sekala melayan... ^_^
ReplyDeleteFarah....
DeleteSesekali kita layan teater...memang best
amboiii terang la mata dpt duduk dekattt :D
ReplyDeleteMrs eady....
DeleteHe3. .. terang sikit mata.....tapi tk leh tgk lebih2. ... laling kt sebelah mara nanti...
teringin nak layan teater...tp selalu tak berkesempatan..
ReplyDeleteAnisa....
DeleteBOleh planing. .. show nie bln june...
salam bro remy..apakah yg berlaku? Header tu mmg mcm tu ke?
ReplyDeletealif....
ReplyDeleteAbg remy ada inbox kat FB alif...need your help..... yg skrg nie temporary jer..... jadi isu sikit perkataan kulikutif tu....
assalamualaikum remy....wah seronoknya dapat tengok teater tu...;)
ReplyDeletetak minat kebaya2x nie....hahaha
ReplyDeleteaiyoh.. best nyer tgk teater. mau jugak jugak
ReplyDeletemasih belum berpeluang menyaksikan teater...huhuu
ReplyDeletewah terbaiklah remy...x sbr tgu remy update lso tgk teater tu nnt.teater skrg best x mcm dulu2 bosan he3...
ReplyDeletemenarik la jalan cerita nyonya tu....
ReplyDeletemama....
ReplyDeleteinsyaAllah...ticket dah ada.....cuma jgn ada halangan masa tu dah ler.....
bahrain....
ReplyDeletehe3.... kita layan cerita dia sahaja.... teringin tgk fafau berlakon.....
arin....
ReplyDeletejom2...byk lagi seat yg kosong.....
aishah...
ReplyDeletetakpe...satu hari nanti pasti berkesempatan......
sis aleasara....
ReplyDeleteyup kak... teater sekarang memang best!...lebih2 lagi kat istana budaya.... pentas canggih tu.....
amin...
ReplyDeleteitulah tarikannya..... lagipun ini kali keempat rasanya.....
teater ..wow ..saye peminat teater :)
ReplyDeleteap...
ReplyDeleteapa lagi...jom layan nyonya june nanti.......nak tgk chow kit road mahal sangat.....
salam bro remy.
ReplyDeleteSeronoknya dpt tgok teater..,,.,,,..
Ta x penah lf tgok....kalau dulu masa keci, tgok wayang cina je..
nao mei......
ReplyDeleteinsyaAllah...satu hari nanti...kalau ada peluang..mana tahu kut2 buah hati akak berlakon nanti....
bro tirana....
ReplyDeletewassalam bro.....
jom sesekali pi tgk teater...pasti ohsem.....
Menarik jugak bile bace synopsis nye..
ReplyDeleteteringin nk nengok teater tp lum ade rezeki lg...
ReplyDeletesalam.sy suka amy tu dia comel sgt walau dh kwin.selamat menonton ya
ReplyDeletecik azlyzah...
ReplyDeleteitulah...remy rasa menarik......
hurul hidayah...
ReplyDeleteinsyaAllah...pasti satu hari nanti berkesempatan...... remy doakan....
my cahaya...
ReplyDeletemekasih..... amy memang best kalau berlakon..... bersahaja jer.....
tak prnah tgk teater lg.. entah bila dpt tgk tp macam best
ReplyDeleteAmanina....
DeleteInsyaallah. ..remy doakan.... mungkin satu hari nanti....
Nak pegi tapi x de orang nak bawak.
ReplyDeleteIbu lala....
DeleteAla siannya takde Org nk bwk....
Nak intai awek kt sini
ReplyDeletewirda....
ReplyDeleteintai jer,.... byk yg masih belum berpunya tu.....
ok la tu..dpt tgk retis berlkon..
ReplyDelete