Saturday, June 22, 2013

Cinta hingga ke akhir hayat !!!!


Salam sahabat semua......
kita bersua lagi....... maaf smlm remy tak sempat nak publish entry........sibuk dgn sampling dan juga setup utk next week function....... so hari nie pun remy kena ke banting kejab utk satu event...... so sebelum remy pergi...remy kongsikan satu cerita yg cukup menarik dan menyentuh hati.......
sebuah cerita dari seseorang :

Aku adalah seorang jururawat di sebuah Klinik Kesihatan Desa. Pada pagi itu, klinik agak sibuk. Sekitar jam 09:30 pagi, seorang pakcik yang berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya.... Aku menyiapkan peralatan & memintanya untuk menunggu, sebab semua doktor masih sibuk. Mungkin dia dapat berurusan dengan doktor paling cepat pun 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, pakcik tua itu nampak gelisah. Kejap-kejap, matanya kan melirik ke jam tangan usangnya. Aku merasa kasihan. Jadi, ketika free, aku sempatkan diri untuk memeriksa lukanya. Oh.. Luka dia dah sembuh dan kering. Tinggal membuka jahitan dan memasang bandage baru sahaja. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar dan rumit. ‘’Aku boleh settlekan pakcik ni nih..’’ bisikku di hati. Setelah meminta kebenaran dari doktor bertugas, aku putuskan untuk melakukannya sendiri.

Sambil merawat lukanya, aku bertanya ‘’ Pakcik ada temujanji lain ye ? Saya tengok dari tadi pakcik macam rushing je ?? ‘’ soalku ramah. Sambil tersenyum pakcik tua itu menjawab ‘’ Tidak, pakcik hendak ke rumah rawatan orang tua. Pakcik nak makan tengah hari bersama isteri pakcik ‘’

Dia menceritakan bahawa, pada setiap hari dia akan ke sana untuk berjumpa dengan isterinya. Isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa tahun yang lampau kerana disahkan mengidap penyakit ALZHEIMER

Lalu aku bertanya ‘’ Adakah isteri pakcik akan marah kalau pakcik datang lambat ?? ‘’, Dia menjawab ‘’ Isteri pakcik takkan marah bahkan dia sudah tidak lagi mangenali pakcik sejak 5 tahun yang lalu ’’

Aku sangat terkejut dan berkata : “ Pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik sudah tidak mengenali pakcik? “

Dalam nada yang tenang dia membalas: " Dia memang tidak mengenali pakcik, tapi pakcik masih mengenali dia "

Aku terus menahan air mata sehinggalah pakcik itu pergi. SubhaanAllah.. !! Tulus dan sucinya cinta dia kepada isterinya biarpun si isteri sudah tidak mengenalinya lagi.. :,(
Apa pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini ? byk kan......
betapa tulusnya kasih..... betapa setianya pengorbanan........
sampai jumpa lagi sahabat semua...........

story from facebook
pic from google....
Thank so much !!!!!

32 comments:

  1. terharunya jika dapat pasangan yang setia sebegini.. sanggup susah dan senang bersama..

    ReplyDelete
  2. tacing baca. huhu. setia nya seorang lelaki tuu..

    ReplyDelete
  3. 1 dlam seribu..susah nak cari kes mcm ni kan

    ReplyDelete
  4. pakcik tu redha dgan apa yg berlaku

    ReplyDelete
  5. itulah cinta....setia hujung nyawa konsepnya.....alangkah bagus kalau semua orang macam pakcik tu kan :)

    ReplyDelete
  6. Mengalir air mata..sedih sedihhh....sucinya cinta pakcik terhadap isterinya..

    ReplyDelete
  7. setia hujung nyawa..wahhhhhhh best nye..

    ReplyDelete
  8. khai anuar....
    thanks..remy pun suka kisah cinta nie....

    ReplyDelete
  9. mizz aiza....
    betapa kuatnya cinta mereka......

    ReplyDelete
  10. kak sally...
    remy pun tersentuh.....

    ReplyDelete
  11. eza....
    remy pun rasa perasaan yg sama..... sungguh setia si suami.....

    ReplyDelete
  12. inche....
    betul...kita cuba jadikan pengajaran buat kita semua....

    ReplyDelete
  13. bro etuza...
    itulah.......redha pakchik tu...... betapa setianya dia.....

    ReplyDelete
  14. amin...
    remy setuju...kalau semua mcam tu..... alangkah indahnya kehidupan....

    ReplyDelete
  15. akak nao mei...betul tu kak..... akan berkekalan selagi nyawa masih dibadan...... setianya....

    ReplyDelete
  16. mieza....
    harap2 kita semua juga begitu...setia sehingga ke penghujung...

    ReplyDelete
  17. cik azlyzah.....
    pengorbanan dan kesetiaan yg tulus murni......

    ReplyDelete
  18. Salam remy...

    Sebak akak tau..... :(

    ReplyDelete
  19. wirda....
    wassalam......
    maaf kak...tapi itulah kenyataan..... kasih yg tak pudar.......

    ReplyDelete
  20. betul..betul..betu..

    #psttttt remy,pm cik alamat & no hp kat fb..ari tu cik dah pm tapi xde remply :(

    ReplyDelete
  21. cik azlyzah.....
    tq.....

    ye ker..... nanti remy pm kan... remy lost ler tu.... terkejar2.....

    ReplyDelete
  22. wow,,, sweetnyea ,,, semoga nanti acik dah tua jadi lelaki yang setia juga

    ReplyDelete
  23. AP...
    insyaAllah achik...remy pasti achik boleh.......

    ReplyDelete
  24. ayut...
    betul tu.... mendalam cinta pakchik tu.....

    ReplyDelete
  25. ishy77....
    remy pun.... bila baca jer...ada rasa yg terbit dihati....

    ReplyDelete
  26. terima kasih..amat menyentuhkan hati

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum remy..yer la sayu jer...;)

    ReplyDelete