Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Suka duka ramadhan 2013 ..... Anugerah tidak ternilai....

Emmmm……
salam buat semua....... 
setelah sekian lama..... remy mula bersuara....... jauh remy mengelamun hari nie…. Mengingatkan suka duka episode ramadhan versi 2013 yg cukup bermakna…. Limpahan keberkatan…kurniaan yg tak ternilai…..limpahan Rezeki dan juga episod kehilangan yg cukup memberi pelbagai rasa pada remy dan juga seluruh keluarga pada ramadhan kali nie…. 

Sebelum melabuhkan tirai ramadhan…. Terlebih dulu remy memohon maaf diatas kehilangan hampir sekian lama dialam maya….. tiada entry2 terbaru….. tiada khabar menjengah….. remy hanya melihat dari jauh….. betapa kemeriahan kenkawan dialam maya……hanya masa terus berdetik….. menghitung detik2 berlalu……kerana……

Alhamdulillah…. 
Berkat kemuliaan Ramadhan…14 Ramadhan @ 23 July 2013…akhirnya Qaseh Zara Azhar dilahirkan melalui kaedah pembedahan……cukup ringkas namanya tapi penuh bermakna kehadirannya buat remy sekeluarga…tak sangka remy dah bergelar ayah!…...Zara bermaksud puteri ….. dialah buah hati yg sekian lama dinanti nanti……..…. Melihat kelahirannya yg pramatang dan sampai masa nie masih lagi ditempatkan di dlm incubator., itu sudah membuatkan hati remy tersentuh….. doakan Qaseh Zara sihat Walafiat ye sahabat semua…..
Jadi raya tahun nie ,memang remy tak pulang ke kampung…. Sebab nak menemani Qaseh Zara kat spital tu…thanks my laling for the wonderful gift for me this year.....insyaAllah kita akan jaga Qaseh Zara sebaik mungkin.....… dikesempatan ini juga remy nak ucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan dari keluarga , kenkawan dan juga sahabat semua tak kira dimana berada..nyata mahupun maya...……tak terbalas rasanya oleh remy dgn doa doa yg dititipkan dan juga kata kata nasihat yg amat remy hargai…… semoga Allah membalas segala kebaikan sahabat semua….. Amin…. 
Episode duka ramadhan juga bermula beberapa jam sebelum Qaseh Zara dilahirkan……pada 22 july....perginya seorang ibu saudara remy yg amat rapat dgn remy sekeluarga…… arwah maklong yg cukup remy sayangi….. kekadang remy anggap maklong nie macam nenek pun ada…..setelah arwah melalui detik2 kehilangan dua anaknya pada tahun lepas….. dan juga anak sulung yg disahkan strok awal tahun nie….. akhirnya maklong pergi juga meninggalkan episode lara yg sekian lama beliau simpan didalam hati….. remy tak sempat nak pulang sebab ptg tu dah ada kat Hospital......semoga Arwah Maklong tenang2 disana.....Alfatihah.....Amin
Remy rasa cukup sampai disini dulu….. byk sebenarnya entry yg remy simpan… rasanya biarlah ia tersimpan aja…….mana yg sempat …… remy akan usahan hapdet entry2 tu….. buat masa nie…. Memang waktu menjadi sahabat sejati buat remy…. Dan hospital menjadi bff sejak beberapa hari yg lalu………..lepas kerja jer….. disanalah tempat remy setiap hari……..
Sampai jumpa lagi sahabat semua…… tunggu entry raya photoshoot dan juga iftar yg mana sempat remy paparkan nanti….. maaf sekali lagi andai remy gagal utk bw ke blog sahabat semua……InsyaAllah… selepas semua selesai…. Remy akan kembali seperti sedia kala……. Wassalam……


hiaslah dirimu wahai 10 malam terakhir Ramadhan...


Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.
Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir  berbanding pada masa lain.  
Aishah (RA) berkata bahawa nabi: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).
Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.”(Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira).
1.Luangkan masa untuk Allah.
Kita akan berehat seketika  untuk hampir segala-gala aktiviti didalam hidup. Kenapa tidak kali ini dengan memberi tumpuan kepada menyembahan dan mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita.
Sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit masa jika boleh. Berjaga pada waktu malam untuk melakukan Ibadah qiamullail, tidak perlu risau tentang untuk pergi bekerja pada keesokan harinya. Insyallah, ia tidak akan menjejaskan kita pun. Siyes!
2.  I’tikaf.
Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan, duduk dalam masjid untuk I’tikaf.
Orang-orang yang beri’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk amalan (mengingati Allah), seperti melakukan solat sunat, membaca dan memahami al-Quran. 
3. Amalkan Doa khas ini.
Aishah, ra berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan semasa doa?’
Baginda berkata: “Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ” (Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).
4.Merenung makna al-Quran.
Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.
5.  Berdoa supaya dosa dihapuskan.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata: Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah,  semua dosanya pada masa lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim).
.
Cuba untuk membuat doa anda lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Jika anda sudah biasa dengan surah yang   panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna daripada surah.
Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan / atau mudah terganggu.
6.Buat satu senarai Doa peribadi.
Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita
.
7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam
Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.
Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).
Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan  doa dalam bahasa kita sendiri ( tidak semestinya bahasa arab ), dengan ikhlas dan keyakinan.

8.Berbuka dengan keluarga
Jika kita selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga kita
Tips ini adalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita dilakukan. Tentukan bagaimana  malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini digunakan.
Ini akan membantu kita untuk mengelakkan daripada kerugian pada Malam Lailatul-Qadar iaitu dalam 10 hari terakhir..
Semoga kita dapat  meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali 






Friday, July 12, 2013

Jumaat dan Ramadhan - Penghulu segalanya.....

Assalammualaikum semua......
salam jumaat penghulu segala hari..... salam ramadhan penghulu segala bulan.......alhamdulillah ..kita masih disini utk meneruskan hidup menjadi khalifah dimuka bumi..... selamat berpuasa yg dah masuk hari ke 3.... sekejab jer masa berlaku kan.......maka penuhilah ramadhan dgn keberkatan dan kerahmatan.... insyaAllah
jom kita baca tentang hadis nabi tentang kelebihan hari jumaat.... remy kongsikan bersama utk sahabat semua......

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

kredit to :- picture - google / fb
 

Template blog ilham dari alif ismail