masa itu roda
mereka berkata hidup itu umpama roda
sekejap kita di atas sekejap kita di bawah.
namun hidup tidak berputar
masa lah yang berputar
maka masa itulah roda
dan hidup itu jalannya.
siang dan malam silih berganti
hari,minggu, bulan dan tahun berulang-ulang
musim bunga,panas,luruh dan sejuk juga berputar
dalam putaran itu masa berjalan atas kehidupan.
dunia ini hidup maka pasti punya matinya
akhir riwayat dunia dipanggil kiamat
akhir riwayat manusia dipanggil ajal
tibanya ajal maka jalan hidup manusia tamat.
setiap garis mula pasti ada garis penamat
maka melepasi garis penamat itu,
kemenangan apakah yang kau cari?
ada yang berkata hidup satu perlumbaan
namun kau tidak berlumba dengan sesiapa.
kerana setiap manusia punya jalan-jalan yang telah ditetapkan ketetapan jalan itu dipanggil takdir
kau tidak akan dapat mengubah jodohmu
rezekimu,dan ajalmu.
oleh itu, apakah yang kau cari lagi di dunia ini?
apa yang kau bimbang lagi di dunia ini?
apa yang kau resah lagi di dunia ini?
apa lagi yang kau harus usahakan lagi di dunia ini?