Thursday, May 31, 2012

Men in Black #3 ohsemmmmmmm....

Salam utk semua...... bertemu kembali.......
jom tgk muvie baru........yg sememangnya ohsem...
men in black part 3......remy pi nonton ari minggu yg lepas sebelum ke karnival sure heboh..... kat tempat biasa ler.... mana lagi kalau tak kat alamanda...... full house !
Setelah sekian lama menunggu akhirnya part3 muncul jugak....... remy memang enjoy men in black dari mula lagi..... crita kelakar alien dan manusia yg hidup sekali.......cuma lama sangat nak muncul part 3 kali nie... mungkin ade jugak kenkawan yg tak pernah pun tgk part 1 and part 2...... senang crita muvie nie pasal 2 org agent persekutuan yg menjaga kebajikan dan juga membanteras alien2 jahat kat muka bumi.....
kisah bermula bagaimana alien jahat iaitu boris terlepas dari penjara du bulan setelah 40 tahun ditangkap oleh agent kay. Boris kembali ke bumi dan cuma membalas dendam terhadap agent Kay. Yang nie ada kelainan dimana Boris kembali ke zaman silam utk mengubah sejarah yang mana telah menyebabkan agent kay lenyap dari dunia sekarang.
Agent jay yg kebingungan cuma menjejaki agent kay yg tiba2 hilang dan telah disahkan mati 40 tahun dahulu .Jay berusaha agar agent kay kembali seperti sediakala. Akhirnya Jay kembali kezaman silam utk menyelamatkan keadaan. time nie lah seronok sebabnya agent jay bertemu kembali agent Kay yg masih muda dan timbullah beberapa aksi yg kelakar dimana Jay cuba menyakinkan kay tentang siapa dirinya dan juga niat jahat boris......
akhirnya mereka telah berjaya dan tapi amat mengejutkan kerana dipengakhiran cerita telah terbongkar siapa sebenarnya Jay pada kay....nak tahu apa dan kenapa tu kena tonton sendiri......
tapi part last memang touching pada remy.......rupa2nya.......
sememangnya filem nie pada remy best.......penuh aksi, alien yg comel2 , kelakar dan special effect yg very the marvelous!
teringat alien yg hendak dibuat sup tu...... sweet sesangat !
so jom pi tgk wayang......
minggu nie remy nak tgk snow white and the hushman pulak.......
mesti ohsemm......

Tuesday, May 29, 2012

Segmen Dalca : Bloglist June

kali nie remy nak join segmen lagi....
segmen anjuran
remy telah dijemput khas oleh sahabat remy yg cool iaitu
bersesuaian dgn tagline linda tak kenal maka tak cinta..... jom terjah linda ramai2.... baru boleh kenai
tapi kalau nak bercinta tu...... sorry! tuan badan dah berpunya......he3
berbalik segmen anjuran Dalca nie..ada tiga soalan yg remy kena jawab...... soalan2 berikut adalah seperti dibawah bersama2 dgn jawapannya sekali......
1.Soalan Umum : Filem Melayu apakah mendapat kutipan paling banyak pada tahun 2012 hingga kini?
 adnan sempit 2
2.Soalan Logik : Edisi Dalca manakah yang paling diminati? link kat bwh nie
3.Soalan Ilmiah : Siapakah wanita yang tidak mempunyai haid dan nifas?
wanita wanita kat lorong haji taib ! he3
so apa lagi , jom ramai2 join segmen dari Dalca nie.....
semoga berjaya....
remy nak tag 2 org pulak.....
jeng jeng jeng !!!!
asyiqin haulisah
katak comel

Monday, May 28, 2012

Jon Heboh with remy.....

Salam utk semua......
jom kita jln2 kat jom heboh edisi hari belia negara di putrajaya......
tu dia..... berduyun duyun tiba.......nie kalau juliana banos ada... mesti dia suka.....he3....mana pergi dia sekarang ye......
sejak2 dapat ferrari terus senyap......
berbalik kepada jom heboh edisi hari belia negara 2012 yg mencapai matlamatnya dimana hampir 2 juta pengunjung...... kiranya remy melengkapkan jumlah tersebut lah...... cuma remy sempat pergi semalam jer...... lepas tgk men in black3 kat alamanda.....
remy pi pun dah petang , malas nak mengharung jem dan juga kepadatan kat situ...... ptg2 sejuk sikit...... lagi pun cuaca panas sangat... kalau badan asyik melekit susah jugak..... tak selesa nanti..... cuma byk booth TV3 byk yg dah tutup..... tapi sempat jugaklah tgk beberapa show kat situ......
lepas tu start ler remy tawaf kat sekitar gerai jualan jom heboh sebelum membuat explorasi dari khemah ke khemah sambutan hari belia tu.... byk jugaklah yg sempat remy join terutama nya bab free gift...he3... kat hot link pun dapat goodies bag, dan juga kat area tourism malaysia...... sambil sambil tu sempat jugak beli barangan jackers , mamee , kapal api dan juga beratur panjang utk free gift barangan unilevers !!!! he3
tak kisah lah... janji free......lagipun dah ptg...... tak panas pun.....
remy lepak kat sambutan hari belia dari kul 5 hingga 8.30 malam..... melecit kaki menahan kepenatan.... tu pun tak sempat nak google semua area...... besar sangat...... lagipun my laling dah tak larat nak jalan......he3
apa apa pun karnival jom heboh edisi hari belia dan sambutan hari belia negara memang ohsemm.... moga moga matlamat yg hendak dicapai terlaksana......byk info baru yg remy dapat...... yg penting nawaitu kita kat sana...... kalau kita nak cari ilmu , maka ilmulah kita dapat.... kalau kita nak cari hiburan, maka hiburan lah yg kita dapat......
sakit tangan nak usung beg2 nie semua......huhuhu
free gift from unilevers...TQ
so jgn ingat benda yg negative jer..... sebabnya cuma hati kita yg tahu apa , mengapa dan kenapa kan ?

Saturday, May 26, 2012

workshop lagi...... mkn mkn dan mkn.......he3

Salam sabtu semuanya........
kali nie remy nak crita pasal workshop lagi yg tak habis2.......

actually semalam ada workshop beberapa menu lagi utk proposal ab380 checklist. so kena ler ambil spec dan juga pic lagi......
jom kita lihat menu apa yg menarik kali nie.........enjoy the yummy yummy!!!!
p/s : maaf remy tak sempat nak tulis entry panjang2... mood remy tak beberapa stabil lagi....... perubahan hormon kut......he3.....tapi sebenarnya ada benda yg tersimpan dlm hati.......
dan akan ku biarkan lara itu pergi.......dan rasa kecil hati tu mengecil........

Friday, May 25, 2012

Slower is Faster


PERLAHAN itu lebih CEPAT

Kecenderungan orang bekerja adalah lebih cepat, bukannya lebih lambat..mengapa demikian? Lebih cepat sering dianggap baik, padahal belum tentu demikian. Cuba kalau anda sedang mencari suatu tempat sambil memandu. Anda perlu mengorbankan waktu untuk mempelajari peta lokasi dan bertanya. Ini nampaknya membuang masa, namun ia adalah pelaburan.

Setelah anda pasti tempat yang hendak dituju, anda boleh terus memandu lebih cepat lagi. Tetapi kalau anda belum pasti lokasi yang dicari, semakin anda memandu kereta dengan laju, semakin berisiko untuk tersesat. Dalam hal ini lebih cepat lebih lambat.

Benar, kita mesti lebih cepat. Oleh itu jangan salah faham, saya tidak mencadangkan anda untuk menjadi lebih lambat kerana anda boleh kalah dengan pesaing yang ada. Saya hanya mengatakan dalam segala hal yang anda lakukan, harus ada persediaan yang cukup. Anda harus mempunyai bekal, punya peluru. Jangan maju ke satu ”pertempuran” sebelum membawa bekal yang cukup untuk membuat anda menang. Benar, persediaan tentunya boleh membuatkan anda kelihatan lebih lambat di awal tetapi ini akan menjadikan anda lebih cepat berhasil di kemudiannya.

Lihat contoh ini..kalau anda menjadi orang atasan, apa yang akan anda lakukan apabila anak buah anda mengalami kesulitan dalam melakukan sesuatu pekerjaan? Majikan yang mahu cepat mungkin akan mengambil jalan pintas. Ia akan mengambil alih pekerjaan orang bawahannya. Ini tentu sahaja akan jauh lebih pantas berbanding melatih orang bawahannya agar melakukan pekerjaan sebaik anda. Belum lagi dengan faktor risiko yang harus anda tanggung kalau terjadi suatu kesalahan.

Tetapi di sinilah terletak risikonya. Sekali anda mengambil alih, selanjutnya orang bawahan akan sentiasa bergantung kepada anda. Dengan demikian ia akan memperlambatkan anda dalam menyelesaikan tugasan anda sendiri!

Thursday, May 24, 2012

Sampling day for EVA.........lama nyer !!!

Salam Khamis semua.........
juga salam satu malaysia.......
kali nie remy nak buat entry pasal yummy2 pulak....... sebenarnya hari selasa yg lalu telah berlangsung meal sampling utk Eva Air ( BR )... kapal dari taiwan.....
selama 2 hari remy kena stay back utk sampling kali nie.... memang memenatkan.....hari pertama utk preparation meal dishing dan juga room set-up, manakala hari kedua utk presentation day.....
So remy kena ler masuk awal sikit , susun apa yg patut dan layan segala kehendak org2 dari taiwan nie.....
tapi yg tak bestnya.... sedikit cerewet!!!! tension jugak dibuatnya.....ini nak kena tukar , itu nak kena tukar.....letih pok chik!!!
bila semua dah habis dlm kul 5...ingat dah lega...... boleh ler kemas2 lepas tu...... rupa2nya dia nak buat pricing hari tu jugak.... so nak tak nak kena ler stay.... dealing process nie mkn masa ..... bukan nya senang kalau nak dapatkan budget yg dieorg nak.....selalu mcm tu lah.... kita dah kasi harga cost makanan, tapi ada yg nak deal harga..... kena review satu persatu.... sampai ler semua setuju.....
sesi tawar menawar nie nak tahu sampai kul berapa ???? kul 10 mlm......tau...hu hu hu....bosan nyer menunggu......hajat dihati nak aje remy tinggalkan semua...tapi nk buat camner, remy kan penyimpan mohor2 besar meal presentation room @ tukang tutup pintu ler...... dah remy keje kulikutif..... camtu lah !!! he3
Penat jugak hari tu...... so... jom kita tgk apa yg menarik sepanjang sampling ngan EVA Air nie.......yg penting tetap yummy2......!

Wednesday, May 23, 2012

wordless wednesday #20 bumi itu masih sama.....

P/s : sejauh mana kita berlari....
        setinggi mana kita terbang.......
        percayalah, bumi yg kita pijak tetap sama......

Tuesday, May 22, 2012

ohsemm wedding cakes part 2....

Salam utk semua....... salam satu Rejab......
moga hari hari mendatang kita tempuh dengan rasa kesyukuran dan kesabaran......

Berbalik pada entry kali nie..... tak sangka ramai yg memberikan feedback  yg baik utk ohsem  wedding cake......alang2 masih ada lagi picture utk wedding cake tu......rasanya remy nak buat sambungan...... sebabnya ada lagi wedding cake yg remy rasa ohsemm jugak..... cam pilihan remy yg pertama...... simple tapi nampak romantik sangat dgn ikatan reben.......

sebenarnya , dari hiasan ini kita boleh tukarkan kepada warna pilihan kita sendiri...... yg penting cantik dan exclusive ! tema mesti selari dgn majlis wedding.....iyalah.... majlis cuma sekali dlm hidup.... so mesti kita nak kenang sepanjang hayat kan ?...he3
so jom kita gobek yg mana satu pilihan hati...... putih sesuci embun ataupun penuh dgn bunga bungaan.......
tepuk dompet tanya sama hati......he3



korang pulak pilih yang mana?
 

Template blog ilham dari alif ismail