Monday, August 6, 2012

salam Nuzul Al- Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Salam Nuzul Al-Quran dari remy untuk semua sahabat.......
 
sumber :- Google

20 comments:

Saya Disini said...

salam nuzul quran

Unknown said...

saya disini...
terima kasih..... utk awk jugak tau....

maszull said...

assalamualaikum remy...salam nuzul Quran...:)

mrs eyza said...

salam nuzul quran buat remy..kat sana cuti ker kerja jugak?

Unknown said...

mama
wassalam....
mekasih mama.....

Unknown said...

eyza....
terima kasih.....
kat sini public holiday....
cuma remy jer keje kat opis nie sensorang...... sebab remy ambil shift duty....

Unknown said...

salam nuzul Quran dan salam ramadhan..semoga kita mendapat keredhaanNYA dibulan yang mulia ini..insyaAllah :)

Unknown said...

fahz
terima kasih byk tau..... salam ramadhan utk Fahz jugak......
sesama kita tingkatkan amalan dibulan mulia ini......

pinkcolour82 said...

SALAM NUZUL QURAN.... :-)
thank info.. :-)

Cikgu Ma said...

bila dah sampai tarikh nuzul quran, maka ramadan kian hampir meninggalkan kita...jom rabut lailatul qadar 10 mlm terakhir

MalizaMah said...

salam nuzul quran...

Unknown said...

cikmala...
terima kasih....
salam utk cikmala jugak....

Unknown said...

cikgu ma...
benar tu...terasa cepat ramadhan meninggalkan kita.....
mari kita rebut peluang selagi ada....

Unknown said...

leeza....
utk leeza juga.....
salam dari remy....selamay berpuasa too.....

mrs eyza said...

cutii? alahai seronoknya bagi yg tengah bercuti skrg nie hehe..remy, eyza nak alamt remy blh...email eyza naa

Unknown said...

eyza....
bagi yg cuti best ler......

orait.... remy kasi alamat rmh kat sepang nie......

Eera Shera said...

selamat menyambut nuzul quran :)

Unknown said...

Eera....
Utk eera jugak...dan selamat berpuasa.....

3no gr33ny said...

semoga kita dapat manfaat daripada amalan membaca dan menghayati Al-Quran..amin =)

Unknown said...

3no gr33ny
amin.... byk ganjarannya....hidup berlandaskan Al -Quran...sempurna hati dan keimanan....

 

Template blog ilham dari alif ismail