Assalammualaikum semua......
salam jumaat penghulu segala hari..... salam ramadhan penghulu segala bulan.......alhamdulillah ..kita masih disini utk meneruskan hidup menjadi khalifah dimuka bumi..... selamat berpuasa yg dah masuk hari ke 3.... sekejab jer masa berlaku kan.......maka penuhilah ramadhan dgn keberkatan dan kerahmatan.... insyaAllah
jom kita baca tentang hadis nabi tentang kelebihan hari jumaat.... remy kongsikan bersama utk sahabat semua......
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
kredit to :- picture - google / fb
info - sumber islam online
33 comments:
perkongsian bagus nie..
mrs eady....
terima kasih kak......
alhamdulillah..terima ksaih atas perkongsian ni :).
salam jumaat remy.. perkongsian yang bagus.. banyak kelebihan hari jumaat nikan..
ishy77...
sama sama sahabat.... slmt berpuasa....
mizz aiza...
betul tu aiza.... jumaat yg cukup istimewa..
Semoga hari jumaat hari mendapat keberkatan dari-Nya
assalamualaikum remy...betul tu hari Jumaat yg bermakna moga dipermudahkan segala2nya hari ini..;)
nice sharing....salam jumaat Remy...
mila...
insyaAllah.... kita rebut peluang yg ada.....
mama....
wassalam...
insyaAllah..... hari yg mulia utk kita laluinya dgn perkara2 yg baik2....
kak diana....
salam jumaat juga......selmat berbuka posa....
kak sukma....
salam jumaat buat kak sukma juga
selamat menyambut bulan ramadhan :)
Terima kasih atas perkongsian ini.
Salam Ramadhan...
salam ramadhan =)
hana...
salam ramadhan juga dari remy utk hana......
teena....
salam ramadhan...... selamat berpuasa....
izzat ..
salam ramadhan utk izzat sekeluarga juga......
subhanaAllah , perkongsian yang baik :)
ap....
insyaAllah.....mekasih achik.....
salam ramadhan dan selamat berpuasa remy....
tazkirah yang baik ni remy..hehe
sy tag abg Remyy..
http://hishamshuhaimi.blogspot.com/2013/07/contest-ramadhan-raya-by-cik-akak_12.html
akak nao mei....
takpe kak... remy lagi ler lewat kesana...... nak marathon hari nie...byk kenkawan yg tertinggal....
wirda....
mekasih kak...salam ramadhan utk akak juga.......
isye....
thanks so much...dah siap pun entry tu......tgh draft tadi perasan yg isye tag..... so gud luck too....!
Jumaat adalah hari yang terbaik :)
Deno....
Betul tu... jumaat yg terbaik dari segala hari. ...
jgn sia2 jumaat penghulu segala hari ni
baby comel....
betul tu..... jumaat penghulu segala hari....
selalu lupa utk praktikkan bacaan surah al kahfi.. lalainya diri..>.<
Berkali-kali dipesan supaya jangan bercakap-cakap sewaktu khutbat. Tapi ada juga yang tak kisah. Bercakap juga.
info yang menarik...perkongsian yang baik
Post a Comment