Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan 2015 - Ramadhan itu menguji dan diuji......

Salam bertemu lagi sahabat semua……
Salam Ramadhan remy nak ucapkan……
Salam untuk semua yang akan mula berpuasa esok hari….. semoga semuanya sudah bersedia hendaknya……


Sekejab jer masa berlalu… pejam celik pejam celik kita dah melangkah ke Ramadhan yang baru. Adakah ini yang terakhir dan terbaik untuk kita….. kita doa doakan….. InsyaAllah… semoga bertemu lagi di Ramadhan2 yang akan dating…Amin. Persiapan remy sekeluarga untuk menyambut ramadhan tahun nie ala kadar saja…. Yg penting pengisian Ramadhan tu nanti….. Peluang hanya datang sekali, entah sampai atau tidak untuk yang akan datang , jadi peluang kali ini jangan kita lepaskan….


InsyaAllah , kita perbanyakkan amalan dan tingkatkan amalan kita di Bulan yang penuh Barakah ini.Sayang kalau kita alpa dan tidak ambil peluang yang Allah berikan dgn ganjaran yang berlipat kali ganda dari hari2 biasa…. Lupakan sekejap hal2 duniawi dan tingkatkan ketakwaan kita semua….
Kekadang kita tak sedar byk yang kita tertinggal dan ambil sambil lewa dalam kehidupan seharian kita….. desakan waktu , kerja dan kehidupan kekadang buat kita lalai dalam kehidupan…. Inilah masanya untuk kita kuatkan hati untuk menjadi hamba Allah yang sejati…. Remy tak ckp untuk org lain… tapi untuk diri sendiri sendiri juga…sebabnya kita hanya insan biasa yg terkadang tersasar dari landasan… hanyut dgn keduniaan dan lemah keimanan… Godaan syaitan itu sentiasa  ada…tapi berjaya atau tidak misinya….  kita yang  pertahankannya…..


Dugaan ramadhan tahun ini hadir tanpa diduga…..Pagi semalam dua org kazen remy kemalangan jalan raya di jalan duta….. agak kritikal keduanya….. yang abg patah sana sini…sampai ke mlm tadi pun waktu remy pulang menziarah bersama sanak keluarga yg lain di Hospital Besar KL pun  ,,masih tak kuar lagi dari bilik operation. Tak tahu bagaimana statusnya…. Cuma kata2 dari doctor yg merawatnya sedikit sebanyak memberi semangat untuk remy sekeluarga. Manakala adik perempuannya masih tidak sedarkan diri lagi di dalam ICU wad , keadaannya juga teruk…..semoga Allah selamatkan mereka berdua…. Amin.. harap juga rakan2 dan sahabat semua sudi mendoakan kesejahteraan mereka….. tak lupa juga ribuan terima kasih remy sekeluarga buat rakan2 yg bertanya khabar berita… dan yang telah mendoakan kesejahteraan mereka berdua…..terima kasih sekali lagi….


Back to topic…
So , Ramadhan datang lagi….. inilah peluang dan ruang untuk kita perbaiki diri… muhasabah diri dan kembali pada Nya…InsyaAllah mudah mudahan……semoga ia kekal berpanjangan selapas ramadhan nanti … amin… Penuhilah masa2 yang ada dgn pengisian yg bermanfaat…. Bertarawih dan amalan2 yang membawa kearah kebaikan…kita cuba buat yang terbaik….


Buat kenkawan semua… remy nk ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan , dan selamat berpuasa esok hari….dikesempatan ini juga remy ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang penulisan remy…… semoga kita tenang2 sahaja menjalani ibadah puasa pada tahun ini….. amin…
Jaga diri ,
 jaga hati ,
 jaga peribadi ….
insyaAllah hidup kita akan diberkati……

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

salam ramadhan remy...

Kakzakie Purvit said...

Kesian juga pada yg diuji hingga tak dapat menjalankan ibadah puasa dgn sempurna. Moga semuanya segera berlalu.

Selama menjalankan ibadah puasa buat Remy. Maaf dari kakak.

Unknown said...

farah
selamat menjalani ibadah puasa....

Unknown said...

kakzakie....
maaf juga dari remy...mekasih kak... semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna....

Unknown said...

InsyaAllah kak diana... sama2 kita rebut peluang.....
slmt berpuasa juga utk akak hubby maisara dan juga mikail....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Sukma said...

Salam ramadhan....lama blog tak berbicara...

 

Template blog ilham dari alif ismail