Saturday, August 20, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA @ PARKING OPIS....YUMMY

Ala cute nyer.....
itulah muka muka kecerian anak anak yatim yang diraikan....
kepuasan tergambar bila melihat kanak2 tersebut happy dan enjoy dengan majlis yg meraikan mereka...
Majlis meraikan sambutan berbuka puasa pihak pengurusan bersama kakitangan, anak yatim,ibu tunggal dan juga golongan berkerperluan. Diadakan di perkarangan parking Opis bermula dari pukul 4 ptg lagi. teman cam biasalah always one of the comittee majlis....
apalagi kalau tak serve VVIP...
Our Chairman Dato' Brahim Haji Badawi .
Dengan Tema Red And white , we serve our Guest dgn pelita...ha3
tu simbolik sempena majlis berbuka...
sesi bermula pukul 4 petang utk pembahagian bubur lambuk kepada semua kakitangan yang pulang bertugas dan juga masuk berkerja....berserta beg goodies khas 1malaysia yang mengandungi sticker,buku dan juga poster.
seterusnya majlis berbuka puasa bermula dlm pukul 5;30 ptg..
menyambut ketibaan para jemputan dan juga anak2 yatim dari sekitar daerah labu.
Semua disambut dengan alunan gamelan daripada pemuzik gamelan jemputan


Seterusnya hadirin dipersembahkan dengan Nyanyian Nasyid oleh pelajar practikal kat our company dan juga persembahan sajak dari kakitangan.
lepas tu, upacara penyerahan sumbangan kepada 67 anak2 yatim, 12 ibu tunggal dan juga  8 golongan berkerperluan..
sebelum majlis diserikan dengan bacaan ayat2 suci al Quran oleh ustaz Mustakim sebelum masuknya waktu berbuka.
Menu of the day kira okay ler...
setiap meja dihidangkan kan dengan nasi tomato,kurma ayam,kari kambing. acar sayur,pajeri nenas dan juga daging kicap beserta dgn air cincau.
Utk bahagian stall pula...ada pilihan pelbagai makanan..antaranya. ayam perchik,sate ayam/daging,laksa utara, bubur lambuk,otak-otak, yong tau fu , putu piring , kuehtiaw dan juga mee goreng serta pilihan minuman antara cendol ,air kelapa dan juga air soya.
dan yang paling best tentulah kambing bakar...4 ekor tak silapnya....
so let tgk pic ajelah.....
lapar pulak bila sebut pasal makanan nie kan.... hu hu hu







Selamat menyambut hari raya lah !!!!                                                       baju raya dah dapat sponsor dah....

No comments:

 

Template blog ilham dari alif ismail