Tuesday, April 30, 2013

SEGMEN NASZ : NASZ CARI BLOGLIST MEI 2013.

Salam semua......
nampak hari nie kurang meriah sikit bw sahabat semua.... memasing sibuk atau ada yg dah deman bercuti nie...... maklumlah bsk kan hari pekerja kan...cuti umum..... btw...mana yg free bsk...boleh teman remy kat opis...... byk kerja yg perlu disettlekan......hu3

ok lah..... kali nie remy nak ajak kenkawan semua join segmen express by Nasz...... Segmen yg diberi nama

SEGMEN NASZ : NASZ CARI BLOGLIST MEI 2013.


so Nasz mencari sahabat yg sudi join dan akan dimasukkan ke dlm bloglist nasz .... remy takyah cerita panjang2...... sebab rasanya Nasz  pun dah lama pren together2 dgn remy........ itu sudah cukup remy hargai dgn support dari Nasz selama hari nie....
Jadi...kenkawan semua.... jgn lepaskan peluang nie.... jom join ramai2...... kita support Nasz  dgn GA nya.......tak rugi kenkawan bersahabat dgn Nasz....... orait !!!!!
all the best semua...... join tau !!!!!

Giveaway by Miss Bella Razali

                                 bella

Monday, April 29, 2013

Nyonya & The Gang - Bila awek awek Keponakan Beraksi !

Assalamulaikum semua.....
Kita bersua lagi...kali nie remy nak ajak kenkawan semua tengok teater pulak..... bukan sekarang tapi akan datang......he3.... sebabnya remy dah dapatkan ticket utk menyaksikan teater nie......
harap2 ohsem nanti...tak sabar nak tgk awek2 Keponakan beraksi..... terutama fafau tu...... dan juga pelakon lain seperti Misha Omar , Amy Mastura dan juga Rozita Che Wan.
alhamdulillah...dah dapat seat yg cukup ohsem.... lima roll dari depan stage dan yg best dekat tengah2.... kira nice sangat..... nak beli yg mahal tak mampu...ambik yg biasa2 jer la.....lagipun dlm tetaer nie dia ada dua cerita..... NYONYA dan juga THE GANG..
2 in 1..... menarik dengan dua cerita yg berlainan......
so remy beli sebab dapat email dari  CTRA production... thanks so much for the info..kalau tak memang remy tak tahu......so bila dah tahu..terus sambar ler...remy kan suka tgk teater......kagum dgn pementasaan terutama kat istana budaya tu.....so jom kita tgk sinopsis teater nie dulu.....

NYONYA & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan. Naskhah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi akan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir. Manakala, The Gang adalah sebuah karya baru yang ditulis dan diarahkan oleh Siti Rohayah Attan. 

SINOPSIS NYONYA 

SKRIP Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dipanggil sebagai Nyonya yang harus `berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.

Setelah membeli ruang di perkarangan itu, Tuan terus datang dan mahu membeli marmar rumah Nyonya pula. Kemudian, mahu membeli set ruang tamu, diikuti set meja makan dan akhirnya mahu membeli tempat tidur Nyonya.
Pelbagai cara dan muslihat digunakan untuk mendekati Nyonya apatah lagi men-getahui suami Nyonya yang tua sedang terlantar di rumah sakit akibat kanser lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah dengan menyatakan lutut Nyonya akan membeng-kak dan berdarah sekiranya Nyonya terus berdiri, lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil. 
Dalam masa yang sama Nyonya asyik didatangani 3 Keponakan (Anak Saudara Perempuan) kepada suaminya yang menuntut harta. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta tersebut. 

Naskhah ini jika dilihat secara kasar merupakan antara karya yang bersifat humor dan emosi kerana penampilan watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka. Namun, apabila mentafsirkannya secara tersirat ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir ssecara professional. 


SINOPSIS THE GANG 

THE GANG adalah satu kumpulan karyawan seni yang mempromosi gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat.
Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan (supplements) juga ditegur, sebaliknya lebih menyukai kepada perkara-perkara yang tidak sihat dalam hidup seperti ke disko, makan lewat malam dan mengamalkan sex bebas. 
Dalam masa yang sama, The Gang juga menasihatkan kaum wanita dan mereka yang sukakan kecantikan supaya tidak terpengaruh dengan produk yang membahayakan hanya kerana mahu menjadi cantik. Sebaliknya, mereka dinasihatkan memilih produk yang diakui keberkesanannya dan tidak mendatangkan kesan negatif. 

Konsep persembahan secara muzikal ini menampilkan lima lagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zaid manakala liriknya oleh Siti Rohayah Attan. Mereka akan tampil dalam pelbagai gaya iaitu retro, bersukan dan santai.


Sumber dari AirAsia redtix.

so tunggu apa lagi...moh beli ticketnya.......kalau berminat..klik aja
 AirAsia redtix .

pic sumber google !!!

Sunday, April 28, 2013

Olympus Has Fallen...... Bila White House jadi Abu.......

assalamualaikum semua....
salam bertemu lagi......
so kenkawan semua...... buat apa hari nie..... maklumlah hujung minggu kan......so kalau tak buat apa2 tunggu apa lagi...jom ikut remy tgk ironman.... he3.....
tapi sebelum tu...... remy nak review movie yg remy tgk minggu lepas..... rasanya dah hampir takde kat cinema sebab cerita nie dah lama...tapi apa yg remy nak cerita adalah betapa ohsemnya cerita nie....... memang best sangat aksi dan babak pertarungan dlm nie.....
filem yg remy maksudkan adalah olympus has fallen.....dimana white house yg menjadi keagungan Amerika telah ditawan hanya dalam masa 13 minit !!! so ohsem.....the real aksi movie yg penuh cemas,drama dan komplot.kisah bagaimana seorg anggota keselamatan mike banning yg telah menjadi hero utk menyelamatkan presiden amerika dan juga tawanan yg lain..... kisah bermula dimana mike merupakan pegawai keselamatan Presiden US tetapi akhirnya terpaksa ditukarkan kerana gagal menyelamat first lady dlm satu kemalangan.
bagaimana pun satu hari kedatangan perdana menteri korea merubah segalanya . perjumpaan PM korea dgn Presiden US di white house telah diserang dgn sebuah pesawat tempur yg terus menghentam White House bertubi tubi......bagaimana pun Presiden dan PM korea dapat diselamatkan ke dlm bunker...malangnya..... disitulah perangkap sebenar bermula....manakala white house telah ditawan dari luar oleh pengganas..
Dimana kesemua pegawai kanan PM korea adalah pengganas yg cukup kejam sehingga sanggup membunuh PM sendiri...dan menjadikan Presiden US sebagai tebusan bersama yg lain..dan juga dibantu oleh dalang dlm white house sendiri.. misi mereka hanya satu mendapatkan kod utk senjata nuklear US..dan amerika perlu mengundurkan misi bantuan ketenteraan nya ke korea.....
Mike banning cuba menyelamatkan keaadaan dgn menyelamat terlebih dahulu connor anak lelaki presiden sebelum bertindak utk menyelamatkan presiden...... bagaimana dan dan siapakah yg tewas yg tu kena tonton sendiri.....filem yg padat dgn aksi..tembak menembak dan debaran nie.......
memang best filem nie......tak rugi tgk...kalau tak sempat ..tunggu cd keluar tau..... tak pun tgk kat online....selamat menonton..... nanti remy review pasal ironman3 pulak tau!!!! tunggu.... 

pic all from google !!!! tq so much...

Saturday, April 27, 2013

Mekasih Dysha - ohsem button badges...

Salam sabtu semuanya.....
kita bersua lagi.... pepagi nie remy hapdet simple  entry dulu tau!!!! 
just entry utk mengucapkan thanks so much for dysha sahhir dgn button gift dari nya... comel sesangat.
remy received dalam dua atau tiga hari lepas........sempena menjadi antara top komentor kat blog dysha sahhir......terharu sangat bila kehadiran remy kat blog dysha sahhir dihargai......
semoga dysha sahhir terus menghasilkan doodle2 yg cukup comel....remy memang dari dulu admire hasil lukisan doodle yg dysha sahhir hasilkan... lain dari yg lain........ ada identiti sendiri......dan cukup comel......so sapa yg belum kenali dysha sahhir ... jom ke blog dysha sahhir........
kita berkenalan dgn dysha sahhir seorg doodle maker, pren together gether , isteri dan juga ibu.....

!◕ Dysha Sahhir ◕! (Doodle Maker)
all the best dysha sahhir dan juga utk semua....thanks again...

Friday, April 26, 2013

Merah sangat la mak ngah !!!!

Salam jumaat sahabat semua....
Kita bersua lagi..... sorry pasal semalam tak sempat langsung remy nak bw..... blk keje pun dah hampir tengah mlm..... sebab semalam ada Inaugural flight for Turkish Airlines.... remy kena serve kat situ.....
sp entry kali nie mungkin ringkas aje...... sesuai dgn tajuk...merah sangat lah mak ngah ! ingat tak lagi iklan pelaburan tu ASN tu...... remy suka scene tu....... kisah pelaburan di majlis perkahwinan..... kalau ada ulangtayang kan best!!!! mungkin generasi muda tak tahu...tapi kalau org lama mungkin ingat iklan tu...
so apa yg merah???? nie ha...baju I love blogging from hazwan hairy nie... remy dah terima minggu lepas...... cantik sangat...... walaupun remy order kala lain...tapi merah nie pun tetap memikat hati........apatah lagi dgn kepayahan Hairy membuatnya berbekalkan modal sendiri apabila dia dikhianati......
sabar hairy..... pasti ada balasan utk org tu nanti........ kena redha dgn apa yg terjadi.......btw... merah pun cantik pada remy...nampak dari jauh...... dan yg penting kualiti baju nya baik dan kemas buatannya...... yg penting tertera remyhazza-satuperjalanan.blogspot dibelakangnya.....ohsem.....

so kenkawan semua...... boleh order baju nie kat hairy..... kita support perniagaannya.... anak muda yg bercita2 tinggi....... rega pun tak mahal sangat....... dan yg penting..... custom made !!!! dalam dunia nie ada dua helai jer baju nie...... he3.... sebab kat blkg ada nama blog masing2 kan.......
! Hazwan Hairy !!
so kalau berminat... boleh terjah hazwan hairy .......

Thursday, April 25, 2013

Kenny Rogers Roasters..... jom makan ayam !!!!

Assalamualaikum semua......
salam bertemu lagi...... sebelum remy membusykan diri hari nie.....let's remy hapdet dulu entry terbaru..... maklumlah...jab lagi remy dah kena kuar pi outside catering kat Satelite Building tu...nak tgk pesawat Turkish Airlines turun buat kali pertama dibumi malaysia nie.....bukan sebarang tgk... kena kerja ler.... serve tetamu VVip nanti....
So kenkawan semua.... jom yummy2 lagi...kali nie kat another chicken speciality restaurant selain nando's ayam penyet yg selalu remy pi.... taraaaa...... kat mana lagi kalau bukan kat Kenny Roagers Roasters... yg nie remy mkn kat alamanda putrajaya.... boleh tahan ramainya org kat sini...terutama hujung minggu....
pilihan remy tentunya 1/4 chicken dgn black pepper sauce...... manakala my laling dgn BBQ sauce..... both oklah rasa dia... cuma kemut sauce aje......dah ayam tu besar...he3...remy prefer wing breast sebab senang nak potong...... tak ler tertiba ayam tu hidup nanti kalau salah potong.......he3.. utk side dish.... remy ambil macaroni.... rice dan juga potato salad......
Manakala utk drink...alway remy mencuba benda2 yg unik..... so remy ambik cocktail juice..... suka sangat dgn air masam2 nie.....he3..... btw... oklah mkn kat kenny rogers nie... sesuai dgn taglines dia... less salt less calorie...... rasa dia pun tak ler marveless sangat...tapi masih sedap dimakan....... antara kenny dan nando's.... rasanya nando's lagi best buat remy...sebab leh mkn sauce byk2...... he3
selamat menjamu selera semua....... kita jumpa lagi mlm nanti InsyaAllah... itupun kalau remy tak penat..... nak serve VVip nie byk benda yg nak kena buat...... ponat!!!!
wassalam kenkawan semua.....

Tuesday, April 23, 2013

Bila Itik menjadi Ayam....... Jiwa menjadi Galau....

Assalamualaikum sahabat semua....
Salam bertemu lagi....... penat seharian kat satelite building terminal KLIA..... sebab ada Air France inaugural tghari tadi... nie pun remy baru habis berkemas....... so sempat jugaklah kuar entry nie.......
entry baru tapi pengisian dah lama kut....he3....
remy fobia sikit bila nak buat entry makanan...... atas sebab2 tertentu....... he3..... so alang2 biarlah...... kita gi mkn dulu...... yummy2 yg remy pi dgn kenakwan opis masa lunch time tempohari....... kat tempat biasa yg remy selalu pi...Duck and chicken restaurant.....
tapi bila itik menjadi ayam...... jiwa jadi galau...... nak tahu kenapa.... remy kan dah lama tak pi restaurant nie...hajat dihati......teringin benar nak mkn wantan mee itik...... tu yg pi tu..... tapi bila hari tu itik dah habis...... remy terpaksa mkn wantan mee ayam....... bunyi pun dah tak sedap kan..... he3.... tu yg jiwa jadi galau tu.......
tapi nasib baik lah ada air teh bunya penyejuk hati..... tu yg rasa lega tu....... he3....btw..... that day juga we all try yong tau fu sup....yg pic memula tu... not bad..... tapi remy prefer yong tau fu biasa jugak..... sebab sauce dia sedap.......

P/s :- jom yummy2 sahabat semua...... kat Duck and chicken restaurant, kat bandar Nilai....... sedap!

Monday, April 22, 2013

Mytryoshka Doll Series By Swatch !!!

Hai kenkawan…..salam buat semua….. remy busy sesangat hari nie....... tak sempat bw lagi....ampunkan remy.........jom layan entry nie dulu.......
Cer teka…… benda apa nie……. ?.... 

Ini lah matryoshka doll…… comel tak?????? 
Ini adalah koleksi terbaru yg diberi nama Doll series by Swatch….. 

Remy memang suka sangat mytryoshka doll nie…setiap kali lalu jer depan kedai swatch terus mata remy terpandang…… so better beli sebab comelkan…… disamping tu…. Dlm doll nie ada 4 lagi adik dia yg comel…….. dan tiga daripada nya ada seutas jam tangan yg berlainan saiz…….. 
Kreatif kan……. Jam tersebut direka coraknya sama dgn design pada doll terbabit……so dtg dalam tiga saiz……..memang menarik….remy for sure akan guna yg kaler biru……..my laling kaler orange tu dan yg paling kechik semestinya standby utk remy junior nanti…… he3….. boleh? 
Disamping itu….swatch ada kasi free limited edition tote bag …so kira untung ler…sebab tote bag tu pun Nampak cantik……..warna light blue yg boleh dilipat menjadi kecil………. 
So ….. jom dapatkan doll series dari swatch nie…….pastu leh buat hiasan patung comel tu…….. Sampai jumpa lagi semua…….

p/s:- bsk full day kena pi outside catering.....hu3.... camner nak bw nie....

Sunday, April 21, 2013

Oblivion - Earth is a memory worth fighting for.......

Salam Hujung minggu sahabat semua.....
kita bersua lagi.......
so hujung minggu nie kenkawan buat apa??? kalau belum ada perancangan.... moh kita tgk movie terbaru....baru ker? remy pun tgk minggu lepas cerita nie ...tapi hari nie baru nak review....he3.... oklah... latest movie yg remy tengok adalah Oblivion..... Sci-triller movie yg boleh remy katakan..... oklah....
nak kata seronok sangat..... rasanya berbelit sikit tgk cerita nie..... every moment kena faham..... he3.......
kita kena layan cerita2 mcm nie betul2... kalau tak lost....he3..... sebab fiction kan......... tapi action dan special effect boleh dibanggakan........dan suasana dlm filem nie cukup mengangumkan.......
kisah bagaimana bumi yg telah musnah pada masa hadapan ..... dan bulan yg telah dihancurkan... itu telah menyebabkan struktur bumi telah berubah sama sekali.... tiada lagi bangunan pencakar langit....... semuanya tenggelam dalam abu dan tanah....... yg ada cumalah  jack harper dan pasangan  yg ditugaskan disebuah menara khas dibumi utk memantau dron2 yg memusnahkan kehidupan dibumi....
bagaimanan pun jack harper dihantui oleh mimpi2 dari zaman silam nya..... dan beliau cuba mencari kembali ingatannya yg telah hilang.......tugasan jack dan partnernya adalah membaiki dron2 yg telah rosak akibat serangan penduduk dibumi......yg dianggap musuh oleh pihak yg mengawal jack dan pasangannya..sehingga lah satu hari jack berusaha menyelamatkan sebuah pesawat angkasa yg terhempas dan berjaya menyelamatkan seorg wanita...
jack cuba mencari kebenaran dan akhirnya segala mystery terbongkar.......musuh dibumi adalah saki baki manusia yg terselamat dari kemusnahan dan titan yg merupakan destinasi terakhir jack tidak wujud sama sekali....... jack sebenarnya adalah ribuan klon yg dihasilkan oleh alien yg dipanggil sully.
so jack mula menyelamatkan keaadan dgn bergabung dgn manusia dibumi utk memusnahkan penguasan alien dibumi......lebih2 lagi setelah jack dapat mengingati siapa dirinya yg sebenarnya......dan wanita yg diselamatkannya adalah isterinya sendiri...... so kalau nak tahu bagaimana jack memusnahkan pihak alien ...tu kena pi tgk sendiri tau.....
remy yg cerita kat sini pun rasa berbelit nak cerita....he3...jenuh nak ingat balik........ boleh ditonton tapi ceritanya kena layan ler..........selamat menonton semua.......

P/S :- Pic all from google...tq pokchik!

Saturday, April 20, 2013

April Edition giveaway by dysha sahhir




                                                                     DYSHA SAHHIR
 

Template blog ilham dari alif ismail