Salam sahabat semua......
kita bersua lagi....... maaf smlm remy tak sempat nak publish entry........sibuk dgn sampling dan juga setup utk next week function....... so hari nie pun remy kena ke banting kejab utk satu event...... so sebelum remy pergi...remy kongsikan satu cerita yg cukup menarik dan menyentuh hati.......
Aku adalah seorang jururawat di sebuah Klinik Kesihatan Desa. Pada pagi itu, klinik agak sibuk. Sekitar jam 09:30 pagi, seorang pakcik yang berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya.... Aku menyiapkan peralatan & memintanya untuk menunggu, sebab semua doktor masih sibuk. Mungkin dia dapat berurusan dengan doktor paling cepat pun 1 jam lagi.
Sewaktu menunggu, pakcik tua itu nampak gelisah. Kejap-kejap, matanya kan melirik ke jam tangan usangnya. Aku merasa kasihan. Jadi, ketika free, aku sempatkan diri untuk memeriksa lukanya. Oh.. Luka dia dah sembuh dan kering. Tinggal membuka jahitan dan memasang bandage baru sahaja. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar dan rumit. ‘’Aku boleh settlekan pakcik ni nih..’’ bisikku di hati. Setelah meminta kebenaran dari doktor bertugas, aku putuskan untuk melakukannya sendiri.
Dia menceritakan bahawa, pada setiap hari dia akan ke sana untuk berjumpa dengan isterinya. Isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa tahun yang lampau kerana disahkan mengidap penyakit ALZHEIMER
Lalu aku bertanya ‘’ Adakah isteri pakcik akan marah kalau pakcik datang lambat ?? ‘’, Dia menjawab ‘’ Isteri pakcik takkan marah bahkan dia sudah tidak lagi mangenali pakcik sejak 5 tahun yang lalu ’’
Aku sangat terkejut dan berkata : “ Pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik sudah tidak mengenali pakcik? “
Dalam nada yang tenang dia membalas: " Dia memang tidak mengenali pakcik, tapi pakcik masih mengenali dia "
Aku terus menahan air mata sehinggalah pakcik itu pergi. SubhaanAllah.. !! Tulus dan sucinya cinta dia kepada isterinya biarpun si isteri sudah tidak mengenalinya lagi.. :,(
betapa tulusnya kasih..... betapa setianya pengorbanan........
sampai jumpa lagi sahabat semua...........
story from facebook
pic from google....
Thank so much !!!!!
32 comments:
good sharing...LOVE
terharunya jika dapat pasangan yang setia sebegini.. sanggup susah dan senang bersama..
terharunya..
tacing baca. huhu. setia nya seorang lelaki tuu..
1 dlam seribu..susah nak cari kes mcm ni kan
pakcik tu redha dgan apa yg berlaku
itulah cinta....setia hujung nyawa konsepnya.....alangkah bagus kalau semua orang macam pakcik tu kan :)
Mengalir air mata..sedih sedihhh....sucinya cinta pakcik terhadap isterinya..
setia hujung nyawa..wahhhhhhh best nye..
khai anuar....
thanks..remy pun suka kisah cinta nie....
mizz aiza....
betapa kuatnya cinta mereka......
kak sally...
remy pun tersentuh.....
eza....
remy pun rasa perasaan yg sama..... sungguh setia si suami.....
inche....
betul...kita cuba jadikan pengajaran buat kita semua....
bro etuza...
itulah.......redha pakchik tu...... betapa setianya dia.....
amin...
remy setuju...kalau semua mcam tu..... alangkah indahnya kehidupan....
akak nao mei...betul tu kak..... akan berkekalan selagi nyawa masih dibadan...... setianya....
mieza....
harap2 kita semua juga begitu...setia sehingga ke penghujung...
cik azlyzah.....
pengorbanan dan kesetiaan yg tulus murni......
Salam remy...
Sebak akak tau..... :(
wirda....
wassalam......
maaf kak...tapi itulah kenyataan..... kasih yg tak pudar.......
betul..betul..betu..
#psttttt remy,pm cik alamat & no hp kat fb..ari tu cik dah pm tapi xde remply :(
cik azlyzah.....
tq.....
ye ker..... nanti remy pm kan... remy lost ler tu.... terkejar2.....
wow,,, sweetnyea ,,, semoga nanti acik dah tua jadi lelaki yang setia juga
AP...
insyaAllah achik...remy pasti achik boleh.......
true meaning of love... :)
true meaning of love... :)
I'm so touch..
ayut...
betul tu.... mendalam cinta pakchik tu.....
ishy77....
remy pun.... bila baca jer...ada rasa yg terbit dihati....
terima kasih..amat menyentuhkan hati
assalamualaikum remy..yer la sayu jer...;)
Post a Comment