Showing posts with label Rozita Che wan. Show all posts
Showing posts with label Rozita Che wan. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday#69 - Just utk remy tau !!!!!


P/s :- Thanks for abe Astro for this idea........ tak sangka ia begitu bermakna.....cuba kenkawan teka signature selebriti yg ada kat wall masterchef nie....hampir 20 org kesemuanya.....kalau ada yg teka semua betul....... boleh claim hadiah dgn remy kut..........he3....dapat betul 15 pun dah kira ok.....
selamat mencuba.......

Thursday, June 27, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 - Malam Puncak Kemenangan......

Salam buat sahabat semua.....
tu dia..... entry master chef remy tak habis lagi.......kalau entry sebelum nie kita tgk syura yg telah berjaya menjadi juara....... so kali nie ...kita tgk pula betapa happeningnya majlis tersebut yg mana remy turut sama menjayakannya......
tugasan remy pada malam kemuncak tu???? he3.... jadi penyambut tetamu...... well..... semua tetamu remy sambut dan membawa ke tempat masing2..... majlis BBQ open air yg cukup simple tapi happening meriah dgn kehadiran bintang2 yg cukup dinanti nanti kan.......majlis tertutup utk tetamu sahaja dan juga comittee yg menjayakannya.....
antara artis yg hadir......selain syura dan celina...... semestinya rozita che wan menjadi star of the night.... superb dgn skirt pendeknya......selain itu.... peserta2 yg telah tersingkir pun  turut hadir utk meraikannya... termasuklah juara master chef selebriti yg pertama..iaitu Dato' Fadley yaakob dan juga Juara Masterchef Malaysia kedua Izyan.......
Tetamu VVip tentunya  wakil dari pihak company remy dan juga wakil dari MAS......dan menu utama malam kemuncak semestinya Kambing Bakar dan juga BBQ selain dari hidangan lain......so remy tak mau cerita byk2...... kita layan jer gambar2 yg cukup menarik sepanjang majlis tersebut........
so tahniah sekali lagi buat syura......dan terima kasih byk2 buat team astro yg remy kenali....... abg2 cameraman yg very2 nice serta producer abg zainal Alam Kadir , rina O , jud serta yg lain2 crew memang cukup ohsem.......
P/s: Tak sangka Syura sudi add remy sebagai pren kat fb smlm..... siap kirim msg buat semua chef2 kat tempat remy.......insyaAllah... mesti byk cerita menarik lepas nie.......harap2 dapat berjumpa dgn nya lagi utk next project.....

Tuesday, June 25, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 - disebalik semi final, rupanya ada peserta ke4 .......

Salam bertemu lagi semua.......
kita bersua lagi...... dan sekali lagi...entry remy tetap dgn masterchef selebriti malaysia 2...... dah tgk episod semi final semalam ????
menarik??? ke tak ohsem...... he3....... remy suka sebab episod tu dirakam ditempat kerja remy....... dan semestinya remy pun turut sama terlibat didlm rakaman tersebut......
sapa yg kat hujung tu ye????
 tahniah kepada Syura dan Celina yg telah berjaya ke Final..... tak sabar nak tgk last episod mlm nie kan....... kita tgk sapa yg juara...... 
adakah Celina atau pun Syura.......dua dua punya kelebihan yg melayakkan mereka bergelar juara.....tapi kisah final kita cerita next entry.......
kali nie kita tgk apa yg menarik disebalik semifinal masterchef selebriti malaysia semalam........sebenarnya ada empat peserta yg masuk semi final..... eh ye ker???? camner boleh jadi macam tu??? he3..... cuma yg keempat tu tak masuk tv..... tak sesuai.......tak layak sesangat........tapi sebab dia merayu nak masuk blog nie...remy paparkan juga.......
nie lah budak tu...... memang tak sesuai.......he3...remy ler tu......kerja remy bermula bila director kata cut.....sebab remy nak clearkan pinggan2 yg dimakan oleh juri2 tu......he3...kiranya remy yg paling byk muncul kat table juri tu... sebab remy clear pinggan utk ketiga2 peserta...... korang mampu ker?( nie kes masuk bakul angkut sendiri remy nie)
yg bestnya..... tuan director pun tunggu signal remy...kalau remy kata ok...baru sambung shooting balik.......sebab remy kena clearkan pinggan dan tukarkan set  cutlery yg baru........saspen tetap ada..... sebab ada puluhan mata yg memerhati...... tapi .....buat mcm biasa jer......dah memang kerja remy melayan tetamu....kan....
apa apa pun...itu antara pengalaman manis yg takan remy lupakan......... so kita tgk episod terakhir malam nie........remy ada jugak ker???? entah ler....... kita layan jer....... sebab episod terakhir nie cukup istimewa dan lain dari yg lain...... tunggu dan lihat......
selamat menonton semua.......

Monday, June 24, 2013

Masterchef Selebriti malaysia 2 - Siapa yg ke final.......

Salam bertemu lagi sahabat semua......
kita bersua lagi....... dan semestinya entry2 yg akan remy paparkan kali nie cukup istimewa...entry back to back yg cukup manis utk remy kenangkan satu hari nanti......remy saksi segalanya...dan yg paling ohsem...remy pun turut sama menjayakannya... biarpun cuma dibelakang tabir.....tapi sibuknya remy sama jer mcm yg lain,....... he3

oklah... jgn lupa saksikan masterchef selebriti malaysia musim ke2 malam nie .....episod yg kita nanti-nantikankan...... semi final..... dan jgn lupa juga malam besok dgn final masterchef selebriti Malaysia 2 yg lain dari lain..... apa yg istimewa...... kita tunggu dan lihat.......itu lah rahsia yg cukup lama remy  pendamkan.........pastikan sahabat semua melekat di depan tv malam nie tau!!!!
kita saksikan antara Celina , rozita dan juga Syura..... siapakah diantara 3 wanita istimewa tersebut yg layak ke peringkat akhir.......tapi sebelum tu..... kita tgk dulu kreativiti dan juga hidangan istimewa yg memikat para juri malam ini......
selamat menonton semua.......dan jgn tanya siapa yg juara...... jawapannya..... tetap kena tunggu mlm besok...ok !!!!

Monday, April 29, 2013

Nyonya & The Gang - Bila awek awek Keponakan Beraksi !

Assalamulaikum semua.....
Kita bersua lagi...kali nie remy nak ajak kenkawan semua tengok teater pulak..... bukan sekarang tapi akan datang......he3.... sebabnya remy dah dapatkan ticket utk menyaksikan teater nie......
harap2 ohsem nanti...tak sabar nak tgk awek2 Keponakan beraksi..... terutama fafau tu...... dan juga pelakon lain seperti Misha Omar , Amy Mastura dan juga Rozita Che Wan.
alhamdulillah...dah dapat seat yg cukup ohsem.... lima roll dari depan stage dan yg best dekat tengah2.... kira nice sangat..... nak beli yg mahal tak mampu...ambik yg biasa2 jer la.....lagipun dlm tetaer nie dia ada dua cerita..... NYONYA dan juga THE GANG..
2 in 1..... menarik dengan dua cerita yg berlainan......
so remy beli sebab dapat email dari  CTRA production... thanks so much for the info..kalau tak memang remy tak tahu......so bila dah tahu..terus sambar ler...remy kan suka tgk teater......kagum dgn pementasaan terutama kat istana budaya tu.....so jom kita tgk sinopsis teater nie dulu.....

NYONYA & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan. Naskhah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi akan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir. Manakala, The Gang adalah sebuah karya baru yang ditulis dan diarahkan oleh Siti Rohayah Attan. 

SINOPSIS NYONYA 

SKRIP Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dipanggil sebagai Nyonya yang harus `berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.

Setelah membeli ruang di perkarangan itu, Tuan terus datang dan mahu membeli marmar rumah Nyonya pula. Kemudian, mahu membeli set ruang tamu, diikuti set meja makan dan akhirnya mahu membeli tempat tidur Nyonya.
Pelbagai cara dan muslihat digunakan untuk mendekati Nyonya apatah lagi men-getahui suami Nyonya yang tua sedang terlantar di rumah sakit akibat kanser lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah dengan menyatakan lutut Nyonya akan membeng-kak dan berdarah sekiranya Nyonya terus berdiri, lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil. 
Dalam masa yang sama Nyonya asyik didatangani 3 Keponakan (Anak Saudara Perempuan) kepada suaminya yang menuntut harta. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta tersebut. 

Naskhah ini jika dilihat secara kasar merupakan antara karya yang bersifat humor dan emosi kerana penampilan watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka. Namun, apabila mentafsirkannya secara tersirat ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir ssecara professional. 


SINOPSIS THE GANG 

THE GANG adalah satu kumpulan karyawan seni yang mempromosi gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat.
Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan (supplements) juga ditegur, sebaliknya lebih menyukai kepada perkara-perkara yang tidak sihat dalam hidup seperti ke disko, makan lewat malam dan mengamalkan sex bebas. 
Dalam masa yang sama, The Gang juga menasihatkan kaum wanita dan mereka yang sukakan kecantikan supaya tidak terpengaruh dengan produk yang membahayakan hanya kerana mahu menjadi cantik. Sebaliknya, mereka dinasihatkan memilih produk yang diakui keberkesanannya dan tidak mendatangkan kesan negatif. 

Konsep persembahan secara muzikal ini menampilkan lima lagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zaid manakala liriknya oleh Siti Rohayah Attan. Mereka akan tampil dalam pelbagai gaya iaitu retro, bersukan dan santai.


Sumber dari AirAsia redtix.

so tunggu apa lagi...moh beli ticketnya.......kalau berminat..klik aja
 AirAsia redtix .

pic sumber google !!!
 

Template blog ilham dari alif ismail