Saturday, October 6, 2012

Langkawi - Antara remy dan kenangan part 1

Salam utk semua..... rasanya dah lama remy tak bercerita..... harap2 semuanya okey tau!!!!
thanks kepada yg sudi support GA yg remy anjurkan..... insyaAllah , kita lihat siapa yg bertuah nanti...
Remy menghilang dlm 3 ke 4 hari kerana bercuti..... Cuti2 malaysia jer.... tak jauh pun..... kan dulu remy ada crita yg remy dapat ticket airasia yg rege 10 sen pergi balik tu..... so skrg baru ticket tu digunakan... destinasi remy tetap tempat yg sama setiap tahun.....
kat mana lagi kalau tak pulau langkawi.....
rasanya ini kali ke7 remy pi sana... dulu memula dulu pernah jugak remy duduk lama kat pulau langkawi nie.... sebab remy practical dlm bidang perhotelan...... rasa dah 4 tahun berturut remy ke sana.... tapi since 2009..setiap tahun mesti remy kesana... entah lah.... mungkin tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat tersemadinya ikatan dua jiwa..... he3.... tu kisah lama......rahsia....
So kali nie remy berdua jer ngan BFF remy fendi.....sebab we all pi bkn time cuti sekolah.... hari biasa.... so suasana kat sana takdelah busy.... nak jenjalan pun senang......rege bilik dan juga keta pun tak lah membebankan......so dpt ler jln2 sambil2 merehatkan badan...rehat ker ????? he3
Disebabkan byk kali remy dah kesana....so byk place yg remy skip aje dari kebiasaan... nak naik cable car.... dh byk kali.... so remy jenjalan kat oriental village jer..... lepak2 dan makan2 kat situ.... sambil2 tu boleh beli souvenir yg ada dijual..... tapi budget remy tak byk.... maklumlah..... budget kechik.... beli mana yg patut jer la.....
 Underwater world pun remy tak masuk...selalukan org ckp kalau pi langkawi , mesti kena pi sini dan juga cable car tu.... kiranya tempat wajib..... tapi disebabkan dec 11 remy dah masuk kat underwater world tu ( family vacation )....so kali nie remy buat tak nampak jer.... he3
Remy lepak kat pantai cenang dan cantik tu......dapat bilik murah kat Amzar motel yg rege dia rasanya paling cool remy pernah jumpa kat langkawi..... RM45 jer semalam.... 2 single bed plus aircon , tv dan kemudahan lain pun disediakan.... nak lagi murah.... ambil bilik yg rm35 tu...tapi pakai kipas ler....nak sewa hotel mahal2 pun bukan nyer kita nak duduk lama dlm tu... just utk tido ngan tukar baju jer kan....lainlah kalau pi honeymoon kan.....
 Antara tempat lain yg sempat remy pergi..... langkawi crocodile farm..... niat BFF remy dari rumah... teringin nak kesana....so org dah berhajat..... kena ler pi..... manakala niat remy nak buat xtvt best.... so remy pilih buat snorkeling kat pulau payar marine park.... puas menyelam dari pagi ke ptg.... yg nie remy crita dlm part2 nanti..... he3
 selain tu, remy lepak jugak kat harbour park kat pantai kok dan juga setiap mlm berjimba kat pekan kuah..... cuci2 mata sambil beli apa yg patut.....bukan apa..... nak menghabiskan minyak keta kia picanto auto yg remy sewa..... rm70 sehari...nama pun percutian budget..... so kena ler berjimat cermat.....he3
 makan2 remy dah byk port feberet kat langkawi nie..... nanti remy cerita kat part 3 pulak...boleh ? he3..... best mkn kat langkawi nie... murah2 sangat...... so selamat berhujung minggu semua......
penuhi hari2 anda bersama dgn yg tersayang.......
wassalam....

Friday, October 5, 2012

Kelapa , Coconut dan Nyior.......

Belajarlah dari pokok kelapa

Air kelapa boleh menghilangkan dahaga dan rasanya sungguh enak. Isi kelapa muda juga boleh dimakan bersama airnya. Isi kelapa tua pula sesuai dijadikan minyak kelapa dan boleh digunakan sebagai minyak masak, minyak rambut dan minyak urut. Daun kelapa muda boleh dianyam menjadi ketupat.

Lidi kelapa boleh dibuat penyapu juga boleh digunakan sebagai penyucuk buah, makanan dan kuih-kuih tradisional Melayu. Selain itu sabut kelapa boleh dijadikan tali atau guni. Tempurungnya boleh dibuat hasil kraftangan yang cantik dan asli. Batang pokok kelapa boleh dijadikan titian.

Demikianlah terlalu banyak yang dapat dimanfaatkan daripada pokok kelapa. Allah SWT menjadikan pokok kelapa untuk kegunaan manusia. Di sebalik semua ini seharusnya kita bertanya pada diri...jika pokok kelapa (dan hasil bumi yang lain juga) diciptakan untuk manusia, kita manusia diciptakan untuk apa?
Segala isi alam sebenarnya dipermudahkan untuk dikuasai dan digunakan kerana manusia ada tugas yang besar..sebagai khalifah di muka bumi ini. Seperti pokok kelapa, kita hendaklah memberi manfaat kepada diri sendiri, orang di sekeliling serta persekitaran kita. Memberi manfaat sudah tentu dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah, meninggalkan apa jua yang sia-sia dan merugikan. Lebih-lebih lagi yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah.
Pokok kelapa telah menjalankan peranannya untuk kita..kita pula bagaimana? Isi, buah, air, lidi, daun dan lain-lain sudah dikorbankan untuk kita. Bagaimana pula pengorbanan kita bagi menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini? Belajarlah dari pokok kelapa!

Wallahua’lam

Petikan dan suntingan dari buku ‘Nota Fikir untuk Zikir‘ – Pahrol Mohd Juoi 
 
Pic sumber : Google

 

Template blog ilham dari alif ismail