Friday, October 5, 2012

Kelapa , Coconut dan Nyior.......

Belajarlah dari pokok kelapa

Air kelapa boleh menghilangkan dahaga dan rasanya sungguh enak. Isi kelapa muda juga boleh dimakan bersama airnya. Isi kelapa tua pula sesuai dijadikan minyak kelapa dan boleh digunakan sebagai minyak masak, minyak rambut dan minyak urut. Daun kelapa muda boleh dianyam menjadi ketupat.

Lidi kelapa boleh dibuat penyapu juga boleh digunakan sebagai penyucuk buah, makanan dan kuih-kuih tradisional Melayu. Selain itu sabut kelapa boleh dijadikan tali atau guni. Tempurungnya boleh dibuat hasil kraftangan yang cantik dan asli. Batang pokok kelapa boleh dijadikan titian.

Demikianlah terlalu banyak yang dapat dimanfaatkan daripada pokok kelapa. Allah SWT menjadikan pokok kelapa untuk kegunaan manusia. Di sebalik semua ini seharusnya kita bertanya pada diri...jika pokok kelapa (dan hasil bumi yang lain juga) diciptakan untuk manusia, kita manusia diciptakan untuk apa?
Segala isi alam sebenarnya dipermudahkan untuk dikuasai dan digunakan kerana manusia ada tugas yang besar..sebagai khalifah di muka bumi ini. Seperti pokok kelapa, kita hendaklah memberi manfaat kepada diri sendiri, orang di sekeliling serta persekitaran kita. Memberi manfaat sudah tentu dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah, meninggalkan apa jua yang sia-sia dan merugikan. Lebih-lebih lagi yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah.
Pokok kelapa telah menjalankan peranannya untuk kita..kita pula bagaimana? Isi, buah, air, lidi, daun dan lain-lain sudah dikorbankan untuk kita. Bagaimana pula pengorbanan kita bagi menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini? Belajarlah dari pokok kelapa!

Wallahua’lam

Petikan dan suntingan dari buku ‘Nota Fikir untuk Zikir‘ – Pahrol Mohd Juoi 
 
Pic sumber : Google


33 comments:

Anisa Anuar said...

wahhh...betul la...byk pengajaran boleh belajar dari kelapa..
terima kasih atas perkongsiaan ni...

Noor Atikah Ramli said...

btol tu.pokok kelapa mmg byk kegunaannya :)

3no gr33ny said...

pokok kelapa yang banyak funginya tetapi tidak meninggikan diri

MalizaMah said...

MAKLUMAT TTG POKOK KELAPA SECARA KESELURUHAN.
sy pernah ajar ttg pokok pisang....

MalizaMah said...

MAKLUMAT TTG POKOK KELAPA SECARA KESELURUHAN.
sy pernah ajar ttg pokok pisang....

MalizaMah said...

MAKLUMAT TTG POKOK KELAPA SECARA KESELURUHAN.
sy pernah ajar ttg pokok pisang....

Aien Not Alien said...

jadilah seperti pokok kelapa. bermanfaat kepada orang sekeliling...berfaedah kepada semua dengan cara kita tersendiri sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Unknown said...

oleh itu, tanam la pokok kelapa banyak-banyak, :)

Sorry abg remmy, eza jarang singgah :) Weekend je boleh dpt lawat blog abang remy.

Jahirah said...

teringat karangan masa budak2 dulu pasal kegunaan pokok kelapa....mmg banyak manfaatnya kepada manusia...:)

Unknown said...

ANISA...
sama sama....

Unknown said...

mrs Rongok....
sama dgn pokok pisangkan......

Unknown said...

3no gr33ny..
dalam makna nya tu...... biar kita yg memberi erti pada semua kan.....

Unknown said...

leeza.....
betul tu......dua pokok yg sangat berguna utk kita keran byk manfaatnya....

Unknown said...

aien... betul tu.....
buktikan kan.... nescaya kita akan sebaik pokok kelapa....

Unknown said...

eza....
Ga dah kuar...jgn lupa join ye.... he3... tak kisah..... janji eza tetap setia ke sini.....

Unknown said...

aishah.....
karangan pokok kelapa.... best tu.... kalau boleh share nak jugak remy tumpang baca....he3

hazwan hairy said...

kat kg dh tebang byk..hehe..pokok nyior :p

Cikgu Ma said...

manusia selalu lalai dengan dunia...lupa untuk memberi sumbangan...apa lgi kalau dalam diri ada sifat tamak dan sombong...

thanx remy..suka sangat entry ni

cikji said...

pokok kelapak memang banyak manfaat,ni tak,nampak tang buah je mentang2 boleh minum air hihi

~Beb~ said...

Eh byk nye info.. Cam tak caye plak hari ni kte blajar cam skolah. Selalu blajar pasal mkn jerh ;p

Everything's Everythings said...

SubhanAllah hebat kan kejadian pokok kelapa ni yg dimanfaatkan dari bawah smpai atas ^_^

Unknown said...

hairy...
remy pun panggil pokok nyok!!!! he3...
remy kan org teipen.....

Unknown said...

cikgu ma....
betul tu... kekadang kita lupa..... apa yg patut kita sumbangkan dlm kehidupan.....

Unknown said...

cikji....
sama juga dgn kehidupan..... kita nampak kekadang satu sisi jer... sisi2 yg lain kita perasan....

Unknown said...

fm....
remy tak sempat nak publish entry baru...... nasib baik ada dalam draft... ilmu yg baik elok dikongsi kan.....

Unknown said...

everything2...
betul tu..... byk kegunaannya..... sama dgn hidup kita.... byk benda yg boleh kita lakukan....

maszull said...

assalamualaikum remy...banyak sungguh kegunaannyakan memang berbaloi kalau kita taman pokok kelapa ni...:)

remy kena tag...

http://maszull.blogspot.com/2012/10/contest-impian-mampu-abang-stalker.html

Unknown said...

mama
wassalam....
betul tu mama.... byk kelebihan dan kegunaan nya....
thanks mama.....
tag remy lagi..... nanti remy buatkan.....

Unknown said...

memang banyak benda yang kita boleh belajar daripada pokok kelapa...serba serbi berguna.. kenapa kita tak cuba menjadi sebegitu..

Unknown said...

bro boni....
boleh bro... asal kita sanggup berkorban demi org lain.... insyaAllah...

Unknown said...

sebab tu org tua2 dulu gelar pokok nyior...pokok seribu guna..remy...sbb kegunaanya yg byk..termasuk laa btgnya selalu di jadikn titi di kampung2 pd suatu masa dulu...ayie ingat lagi...hehe

Unknown said...

ayie.... betul2.... titian nyok to lah remy pernah jatuh....he3... sekarang susah nak jumpa dah...... padahal remy kechik2 dulu sempat jugak main kat bendang.... rasa lintah gigit....skrg semua dah takde.....hu3

maszull said...

assalamualaikum remy....mekacih remy sebab sudi join yer...:)

 

Template blog ilham dari alif ismail