Friday, June 12, 2015

Lima Alam yang dilalui oleh Manusia.

LIMA ALAM YANG DILALUI OLEH MANUSIA

1 ) Alam Roh

Di alam roh ini makhluk manusia belum lagi dipanggil manusia. Ia masih lagi dalam bentuk roh. Tak banyak yang Allah sampaikan mengenai alam ini. Apapun Roh telahpun berjanji kepada Allah untuk taat. Roh juga berumur sebaya. Yang membezakan ialah waktu roh itu dimasukkan ke dalam rahim ibu yang mengandung pada zaman ini, zaman sebelum ini mahupun zaman yang akan datang. Dalam ertikata lain setiap insan yang kita temui sebenarnya sama baya dengan kita di alam roh cuma dengan kehendak Allah Talla mereka dilahirlah terlebih dahulu di alam ini.

2) Alam Rahim
Roh yang dimasukkan telah ditetapkan Allah akan amal, rezeki, ajal dan sebagainya sepanjang kehidupannya di dunia. Alam yang dilalui tanpa sedar ini selama lebih kurang 9 bulan masa dunia lamanya.

3) Alam Hidup di Dunia
Alam inilah kita dinamakan manusia dan disini jugalah penentuan perjalanan kita yang seterusnya baik atau buruk. Tidak seperti di alam yang sebelum ini dimana kita langsung tak boleh membuat pilihan kerana Allah Taala telah memberikan ketetapan, hanya di alam ini pula kita boleh membuat pilihan samaada untuk patuh kepada perintah Allah atau sebaliknya.


5) Alam Barzakh
Kalau difikirkan di alam barzakh atau alam kubur kita akan diazab namun begitu azab tersebut berdasarkan kepada 5 persoalan iaitu Siapa Tuhan kamu? Siapa nabi kamu? Mana kiblat kamu? Apa kitab kamu dan siapa saudara kamu. Andai kita salah menjawab maka kita akan diazab oleh Malaikat Mungkar dan Nakir sehinggalah hari Kiamat kelak.



5)     Alam Akhirat
Padang Mashyar
Padang Mashyar pula adalah tempat yang mana semua manusia akan dibangkitkan semula selepas Kiamat untuk dihisab akan amalnya. Mereka yang bersalah juga akan diazab selama berada di sini dan sesiapa yang baik amalnya maka mereka akan dapat melaluinya dengan mudah.



Titian Sirat

Kemudian titian sirat merupakan titian yang akan dilalui menuju ke syurga dan dibawahnya neraka. Ada yang merangkak ada yang jatuh ke bawah, ada yang merasakan yang titian itu luas dan ada yang merasakan yang titian itu halus. Semuanya bergantung kepada amalan masing-masing. Bagi yang berjaya mereka akan melepasinya begitu laju hingga malaikatpun tak dapat menghalang mereka. Subhanallah.


Syurga
Bagi yang ke syurga maka mereka akan mendapat ganjaran atas kebaikan yang dilakukan di dunia sebaliknya mereka yang masuk neraka bakal mendapat balasan atas kesalahan yang dilakukan itu. Menurut riwayat syurga yang paling kecilpun besarnya 10 kali ganda lebih baik dari dunia. Di sini tempatnya amat bersih. Suci dan murni tanpa kekotoran, tiada najis, tak akan lapar dan dahaga. Kita boleh dapat apa sahaja yang kita minta walaupun apa yang kita minta itu haram sifatnya semasa di dunia namun tidak di sini. Di sini juga terdapat bidadari syurga yang sangat cantik yang kita boleh bersama menurut kehendak diri.

Apapun untuk masuk ke syurga ia terpulang kepada rahmat Allah Taala.



Neraka
Inilah tempat akhir bagi syaitan dan manusia-manusia yang engkar semasa hidupnya di dunia, orang Yahudi, Nasrani, Musyrikin, Munafiqin dan yang lainnya. Orang kafir dan berhala-berhala pula bakal menjadi bahan bakarnya.

Kalau kita lihat semua tempat yang kita lalui itu kita langsung tak boleh membuat PILIHAN. Di alam roh kita tak boleh buat pilihan nak masuk ke rahim yang ibu yang mana satu. Di alam rahim sekali lagi kita tak boleh memilih untuk menjadi seorang Islam, melayu, orang putih, hensem dan sebagainya.

Kita tak dapat membuat pilihan samada kita bakal menjadi seorang lelaki ataupun perempuan. Saya dilahirkan sebagai lelaki walhal saya tidak meminta untuk menjadi lelaki tetapi memandangkan atas kehendak Allah saya reda menjadi lelaki dan apa yang boleh saya lakukan hanyalah mengambil peranan tersebut.

Oleh itu wahai kaum perempuan sekelian, bukanlah kami para lelaki memilih untuk menjadi lelaki. Kami menjadi lelaki atas kehendak Allah Taala jadi tak perlulah anda mengejar untuk menjadi setara dengan kami dengan alasan untuk keadilan, rasa tak puas hati dan sebagainya. Adalah lebih baik anda redha dan seterusnya mengambil peranan sebagai wanita baik sebagai anak yang patuh pada kedua ibu bapa, isteri yang patuh pada suami, ibu yang memelihara anak-anak dan sebagainya.

Konflik jantina inilah yang menyebabkan ada lelaki yang ingin menjadi wanita dan wanita ingin menjadi lelaki. Kalau tidakpun wanita ingin mendapatkan hak yang sama dengan lelaki namun demikian sedarilah yang ianya adalah hak mutlak Allah untuk menentukan jantina seseorang itu. Kita cuma perlu mematuhinya.

Begitu jugalah bila kita menemui alam kematian. Selepas dari itu juga kita tak lagi punya pilihan samada untuk ke neraka atau ke syurga. Pilihan yang ada hanyalah semasa kita berada di alam dunia. Pun begitu kenapa mesti kita buat pilihan yang salah?

Kesimpulannya mudah. Kehidupan seseorang manusia itu sebenarnya ialah untuk dia membuat pilihan yang baik yang menjurus kepada persiapan diri demi menuju sebuah kematian dan ingatlah kita semua sebenarnya sedang berada dalam sebuah perjalanan yang masih panjang. Perjalanan ini akan diteruskan bila kita mati kelak di alam Barzakh

Satu perkongsian...

4 comments:

Sheila Adziz said...

nice entry....
jom join GA mengenal makrifatullah..

http://www.sheilainspire.com/2015/06/giveaway-si-anak-isteri-suami-dan.html

Farah Waheda Wahid said...

salam jumaat dan terima kasih di atas perkongsian ini...

Remy hazza said...

sheila adziz....

thanks ajak join GA... dah lama tak masuk mana2 ga, insyaAllah

Remy hazza said...

salam jumaat farah....

 

Template blog ilham dari alif ismail