Monday, April 29, 2013

Nyonya & The Gang - Bila awek awek Keponakan Beraksi !

Assalamulaikum semua.....
Kita bersua lagi...kali nie remy nak ajak kenkawan semua tengok teater pulak..... bukan sekarang tapi akan datang......he3.... sebabnya remy dah dapatkan ticket utk menyaksikan teater nie......
harap2 ohsem nanti...tak sabar nak tgk awek2 Keponakan beraksi..... terutama fafau tu...... dan juga pelakon lain seperti Misha Omar , Amy Mastura dan juga Rozita Che Wan.
alhamdulillah...dah dapat seat yg cukup ohsem.... lima roll dari depan stage dan yg best dekat tengah2.... kira nice sangat..... nak beli yg mahal tak mampu...ambik yg biasa2 jer la.....lagipun dlm tetaer nie dia ada dua cerita..... NYONYA dan juga THE GANG..
2 in 1..... menarik dengan dua cerita yg berlainan......
so remy beli sebab dapat email dari  CTRA production... thanks so much for the info..kalau tak memang remy tak tahu......so bila dah tahu..terus sambar ler...remy kan suka tgk teater......kagum dgn pementasaan terutama kat istana budaya tu.....so jom kita tgk sinopsis teater nie dulu.....

NYONYA & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan. Naskhah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi akan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir. Manakala, The Gang adalah sebuah karya baru yang ditulis dan diarahkan oleh Siti Rohayah Attan. 

SINOPSIS NYONYA 

SKRIP Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dipanggil sebagai Nyonya yang harus `berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.

Setelah membeli ruang di perkarangan itu, Tuan terus datang dan mahu membeli marmar rumah Nyonya pula. Kemudian, mahu membeli set ruang tamu, diikuti set meja makan dan akhirnya mahu membeli tempat tidur Nyonya.
Pelbagai cara dan muslihat digunakan untuk mendekati Nyonya apatah lagi men-getahui suami Nyonya yang tua sedang terlantar di rumah sakit akibat kanser lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah dengan menyatakan lutut Nyonya akan membeng-kak dan berdarah sekiranya Nyonya terus berdiri, lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil. 
Dalam masa yang sama Nyonya asyik didatangani 3 Keponakan (Anak Saudara Perempuan) kepada suaminya yang menuntut harta. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta tersebut. 

Naskhah ini jika dilihat secara kasar merupakan antara karya yang bersifat humor dan emosi kerana penampilan watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka. Namun, apabila mentafsirkannya secara tersirat ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir ssecara professional. 


SINOPSIS THE GANG 

THE GANG adalah satu kumpulan karyawan seni yang mempromosi gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat.
Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan (supplements) juga ditegur, sebaliknya lebih menyukai kepada perkara-perkara yang tidak sihat dalam hidup seperti ke disko, makan lewat malam dan mengamalkan sex bebas. 
Dalam masa yang sama, The Gang juga menasihatkan kaum wanita dan mereka yang sukakan kecantikan supaya tidak terpengaruh dengan produk yang membahayakan hanya kerana mahu menjadi cantik. Sebaliknya, mereka dinasihatkan memilih produk yang diakui keberkesanannya dan tidak mendatangkan kesan negatif. 

Konsep persembahan secara muzikal ini menampilkan lima lagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zaid manakala liriknya oleh Siti Rohayah Attan. Mereka akan tampil dalam pelbagai gaya iaitu retro, bersukan dan santai.


Sumber dari AirAsia redtix.

so tunggu apa lagi...moh beli ticketnya.......kalau berminat..klik aja
 AirAsia redtix .

pic sumber google !!!

43 comments:

Sukma said...

dah lama tak tgk teater....

Unknown said...

kak sukma....
jom tgk teater nie.....
lambat lagi...bulan june baru bermula....

Kakzakie Purvit said...

Kalau baca sinopsisnya memang sedap tu kalau dapat menonoton Remy. Buat kakak tapi tak adalah dik sebab jauh benar dari JB nak kesana just nak menonton...

Farah Waheda Wahid said...

lama x tengok teater...hot, menarik dan melets...best jugak ni sekali sekala melayan... ^_^

Izwa Kamaruddin said...

amboiii terang la mata dpt duduk dekattt :D

Anisa Anuar said...

teringin nak layan teater...tp selalu tak berkesempatan..

Unknown said...

Kak zakie....
Itulah.... remy suka tgk teater... seronok layan... lebih2 lagi muzikal....

Unknown said...

Farah....
Sesekali kita layan teater...memang best

Unknown said...

Mrs eady....
He3. .. terang sikit mata.....tapi tk leh tgk lebih2. ... laling kt sebelah mara nanti...

Unknown said...

Anisa....
BOleh planing. .. show nie bln june...

Unknown said...

salam bro remy..apakah yg berlaku? Header tu mmg mcm tu ke?

Unknown said...

alif....
Abg remy ada inbox kat FB alif...need your help..... yg skrg nie temporary jer..... jadi isu sikit perkataan kulikutif tu....

maszull said...

assalamualaikum remy....wah seronoknya dapat tengok teater tu...;)

adarain said...

tak minat kebaya2x nie....hahaha

Anonymous said...

aiyoh.. best nyer tgk teater. mau jugak jugak

Jahirah said...

masih belum berpeluang menyaksikan teater...huhuu

||aLeaSaRa|| said...

wah terbaiklah remy...x sbr tgu remy update lso tgk teater tu nnt.teater skrg best x mcm dulu2 bosan he3...

Amin A. R said...

menarik la jalan cerita nyonya tu....

Unknown said...

mama....
insyaAllah...ticket dah ada.....cuma jgn ada halangan masa tu dah ler.....

Unknown said...

bahrain....
he3.... kita layan cerita dia sahaja.... teringin tgk fafau berlakon.....

Unknown said...

arin....
jom2...byk lagi seat yg kosong.....

Unknown said...

aishah...
takpe...satu hari nanti pasti berkesempatan......

Unknown said...

sis aleasara....
yup kak... teater sekarang memang best!...lebih2 lagi kat istana budaya.... pentas canggih tu.....

Unknown said...

amin...
itulah tarikannya..... lagipun ini kali keempat rasanya.....

Akupenghibur.com said...

teater ..wow ..saye peminat teater :)

Unknown said...

ap...
apa lagi...jom layan nyonya june nanti.......nak tgk chow kit road mahal sangat.....

Unknown said...

Tak pernah tengok lagi teater nie..huhu...kat sarawak jarang ade :)

TiranaAduka said...

salam bro remy.
Seronoknya dpt tgok teater..,,.,,,..
Ta x penah lf tgok....kalau dulu masa keci, tgok wayang cina je..

Unknown said...

nao mei......
insyaAllah...satu hari nanti...kalau ada peluang..mana tahu kut2 buah hati akak berlakon nanti....

Unknown said...

bro tirana....
wassalam bro.....
jom sesekali pi tgk teater...pasti ohsem.....

Cik Puan said...

Menarik jugak bile bace synopsis nye..

Nurulhidayah said...

teringin nk nengok teater tp lum ade rezeki lg...

mycahayacinta@gmail.com said...

salam.sy suka amy tu dia comel sgt walau dh kwin.selamat menonton ya

Unknown said...

cik azlyzah...
itulah...remy rasa menarik......

Unknown said...

hurul hidayah...
insyaAllah...pasti satu hari nanti berkesempatan...... remy doakan....

Unknown said...

my cahaya...
mekasih..... amy memang best kalau berlakon..... bersahaja jer.....

Nina Mads said...

tak prnah tgk teater lg.. entah bila dpt tgk tp macam best

Ibu Lala said...

Nak pegi tapi x de orang nak bawak.

Unknown said...

Amanina....
Insyaallah. ..remy doakan.... mungkin satu hari nanti....

Unknown said...

Ibu lala....
Ala siannya takde Org nk bwk....

Anonymous said...

Nak intai awek kt sini

Unknown said...

wirda....
intai jer,.... byk yg masih belum berpunya tu.....

Nadia Johari said...

ok la tu..dpt tgk retis berlkon..

 

Template blog ilham dari alif ismail