Friday, April 27, 2012

Orang Bodoh Guru Sejati......

Orang bodoh adalah orang yang selalu menyusahkan, sering membuatkan kita sakit hati, susah hati dan sebagainya. Ramai orang yang sebegini di sekeliling kita. Tetapi dari perspektif yang lain, orang-orang bodoh ini sebenarnya juga memberikan manfaat kepada kita, mereka memberikan pengajaran yang mungkin tidak dapat diberikan oleh orang-orang yang baik.
Pengajaran apa yang diberikan oleh orang-orang bodoh ini? Jawapannya senang sahaja. Orang-orang ini membuatkan kita marah, benci dan sakit hati, perasaan ini tidak mungkin hilang. Ia masuk ke dalam fikiran dan membuatkan kita berfikir berhari-hari malah bertahun lamanya. Saya sering melakukan latihan kepada pelajar-pelajar untuk mengingati peristiwa yang dialami apabila mereka diperlekehkan oleh orang lain. Ternyata mereka masih mengingati kejadian tersebut walau lebih 10 tahun yang lalu. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa peristiwa negatif yang dicetuskan oleh orang-orang bodoh ini bertahan lebih lama daripada peristiwa positif.

Ya, orang-orang bodoh ini boleh melahirkan kesedaran melalui pengalaman yang nyata, sebuah pengalaman pahit melibatkan perasaan. Kesedaran untuk kita belajar dari kesalahan yang pernah mereka perbuat tanpa harus melakukannya sama sekali terhadap orang lain. Berbeza, dengan orang yang baik, mereka hanya memberikan pelajaran dan pengetahuan bukannya kesedaran.

Lebih kronik apabila saya mengatakan bahawa orang-orang bodoh inilah yang sangat berjasa kepada kita! Mengapa? Kerana orang-orang ini adalah orang yang berani mengambil risiko untuk menjadi orang yang dibenci. Saya yakin, orang yang baik-baik seperti anda tidak berani mengambil risiko seperti ini bukan?
Mungkin anda pernah menghadapi seseorang yang pernah membuat bising dengan menjawab telefon secara kuat ketika sedang bermesyuarat dan mungkin juga ada yang meremehkan kemampuan anda, ada juga yang suka memotong percakapan anda. Siapapun orangnya dan apapun yang berlaku, marilah sama-sama kita jadikan sebagai pengalaman dan pembelajaran yang berharga. Sekiranya kita tidak suka diperlakukan seperti itu, kita juga harus tahu bahawa orang lain juga tidak suka diperlakukan perkara yang sama. Belajarlah dari mereka yang bodoh dan berterimakasihlah kepada mereka!

Wallahua’lam

Petikan dan suntingan dari buku ‘Hargai Setiap Detik Kehidupan‘ – Arvan Pradiansyah

22 comments:

Eera Shera said...

nasihat yg sgt baik..tp betul la. sgt terkesan di hati smpi bila2. satu je cara boleh lupakan perangai si bodoh, bila dia mintak maaf..pndpt sy la

Fabulous Me said...

SETUJU! Org2 yg mcm ni yg banyak mengajar kita. Semoga remmy terus tabah mengharungi dugaan menghadap bodoh2 ini. I pon mintak kuat utk face all this thng.

Aien Alien said...

BETUL. dari mana asalnya si pandai kalau tak dari si bodoh...kita semua haruslah bersabar menghadapi karenah orang2 sekeliling kita, yang negatif jadikan pedoman.

baguznet said...

bagaimana utk kita tukarkan kaedah negatif diaplikasikan kepada benda yg positif supaya hal positif ini boleh lekat kekal dlm memori?

LiNda said...

betul, kadang2 org2 yang bodoh dan menyakitkan ahti kite ni la yg membuat kan kite semakin sabar

sis92 said...

paling tak suka dgn orang yg bijak sombong -,-

maszull said...

assalamualaikum remy..paling x suka ngan org yg berperangai mcm ni ...:)

Eza Boom Boom said...

kita pun ada kebodohan masing2... tp, imporve la diri setiap hari.. :)

remyhazza said...

eera....
ada kebenaran... minta maaf adalah sebaik2nya....

remyhazza said...

FM....
betul tu....
org bodoh nie lah yg membuat kita merenung kembali perjalanan hidup kita..... mengelak langkah agar tidak terikut sama....

remyhazza said...

aien...
yup!!!! yg baik jadikan tauladan... yg buruk jadikan panduan....agar kita sentiasa tidak tersilap langkah....

remyhazza said...

baguznet....
tepuk dada tanya hati kita....
sentiasa positif dlm semua hal.... insyaAllah.....

remyhazza said...

linda...
betul tu.... sebab tu lah... kita perlukan org2 yg mcm nie dlm kehidupan.....

remyhazza said...

sis...
sama jugak ngan remy.....
biar bodoh , tapi jgn sombong....
tak kemana nanti.....

remyhazza said...

mama..
wassalm.....
remy pun tak suka... tapi itulah hakikat yg kita tempuh setiap hari....

remyhazza said...

eza....
betul tu.... kita perlu sentiasa berusaha membaiki kekurangan....

Kancil 8349 said...

nasihat yang baik...manusia akan berubah namun tidak pasti bila

misz_eyza said...

kadang2 orang bodoh nie mengajar kita makna kehidupan

remyhazza said...

kancil...
bergantung pada hati.....
semakin kita berusaha,,,semakin dekat kejayaan kita...

remyhazza said...

misy-eyza...
yup !!!
perkara camtu lah yg boleh kita jadikan panduan hidup...

Ayie Abas said...

ambil manfaat dari setiap sesuatu...

setiap org ada manfaat yg boleh diambil darinya kan?

remyhazza said...

betul tu ayie.....
kita ambil iktibar dari apa yg berlaku.....jadikan panduan agar kita tidak mengulanginya....

 

Template blog ilham dari alif ismail