Thursday, October 27, 2011

perkongsian bersama - ALL BEGIN FROM HOME !

Sebar kan kepada anak2, suami atau isteri and family members that are not in the distribution list ...

All begin from home....and pasti kan makanan kita yang halal i.e baik dari bahan dan juga punca duit yang kita beli ada lah halal......

Rasa nya kalau kita buat analisa.... kemewahan hidup kita hari ini ada lah keberkatan hasil titik peluh abah dan mak yang HALAL memberi kita makan dan membesarkan kita semua

So, lets continue this legacy....

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid (THIS IS FOR THE GUYS) - It's not mandatory for the ladies) terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua



5 comments:

Anonymous said...

nice post
masih berusaha jadi yg lebih baik :)

Unknown said...

sis.... kita sebagai manusia..
terkadang alpa dengan keseronokan dunia....
bersama berusaha jadi yg lebih baik ok....

Aien Not Alien said...

dalam meneruskan kelansungan hidup kadang2 buat kita terlupa dunia akhirat nanti...bersama berusaha jadi yang lebih baik...

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

sedang berusaha menyebarkan ilmu nie :)

hyz said...

berusaha perbaiki diri...

 

Template blog ilham dari alif ismail