Friday, December 9, 2011

MEMAAFKAN - RELAKAH HATI ANDA ???

Memaafkan 
Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuklah dirimu untuk bahagia apabila melihat ’musuh-musuh’mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Wahai diri, ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.
Jika datang orang menghadiahkan ’airmata’..Allah sedang mendidikmu sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi ’sebab’, lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi ’musabbabil asbab’. Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha.
Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan..’tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini’! Mungkin sahaja ’penjahat’ yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang mempunyai ’hati emas’ akan terus dihenyak sebagai tawanan di penjara hiba dan cela.
Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hambaNya. Jangan kau tanyakan mengapa dia dilebihkan..aku dikurangkan? Mengapa dia yang licik dengan gelecek strategik dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan.
Di sini tidak lama. Di sana jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar menghadapi kerenah insan. MAAFKANLAH!!!!

5 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

mmg sukar memaafkan bila hati terlalu terkesan :(

insyaAllah akan sentiasa memaafkan bilamana hati masih bisa dipujuk :)

Unknown said...

betul tu yna....
kekadang agak sukar kita utk memaafkan.....

EmpayarUtama said...

Memang maaf memaafi dituntut; tp pada situasi yang sukar dijelaskan, sukar sekali untuk buat keputusan tu...

Maafkan aku yea remy :)

Aien Not Alien said...

memaafkan perlu ikhlas...


apa ukuran sebuah keihklasan? sukar untuk diukurkan...


bila kita memaafkan hati akan lebih tenang....nak cari ketenangan.. bermaaf-maafan jelah... :)

CikLaLA said...

Think positif, setiap kejadian telah diatur oleh Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya. Memaafkan adalah jalan terbaik untuk mendapat ketenangan hati.

 

Template blog ilham dari alif ismail