Bercerai Kasih, Benci Tiada
Jika kita ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik samada dari segi agama, keperibadian mahupun kerjaya, jangan lupa untuk menyemak semula siapa yang berada di sekeliling kita. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan, agama seseorang ditentukan juga oleh siapa sahabatnya. Jadi jika kita ingin menukar iltizam dalam beragama, acapkali kita perlu menukar ’sahabat’. Jika bersamanya agama kita tidak bertambah baik (bahkan kekadang merosak) ayuh...beranikan diri meninggalkannya!
Dalam persahabatan, anda mesti mengenali antara kelemahan dan kejahatan. Kelemahan itu memang biasa, anda punya kelemahan..sahabat kita juga punya kelemahan. Jangan menginginkan satu kesempurnaan. Kita bukan bersahabat dengan malaikat tetap dengan manusia yang punya 1001 kelemahan. Kekadang kita terpaksa berhadapan dengan marah, rajuk, pelupa, ’pemboros’ dan pelbagai kerenah.
Apa hendak buat..sudah ’jodoh’ kita dengan orang yang begitu, sabar sahajalah. Untuk berhadapan dengan masalah ini, pegang analogi ini. Hubungan kita dengannya umpama hubungan tangan kiri dan kanan. Kekadang tangan kiri kotor, tangan kananpun kotor. Bagaimana kita bersihkan kedua-dua tangan itu? Ya, kita temukan dan bergeser antara satu sama lain. Itu yang kita buat semasa mencuci tangan.
Akhirnya dengan geseran dan laluan air, kedua-dua tangan yang kotor itu menjadi bersih kerana geseran itu rupa-rupanya ’saling membersihkan’. Itulah hikmah ’geseran’ dalam persahabatan. Kelemahan kalaupun tidak dapat di atasi tetapi dapat diterima dengan rela dan redha.
Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih sayang manusia kerana dengan melupakan kasih Allah, kita akan gagal merebut kasih manusia. Apabila melihat kebaikan sahabat, rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah. Tetapi apabila melihat kejahatan atau kelemahannya, percayalah..itulah cara Allah menguji kita!
Wallahua‘lam
Petikan dan suntingan dari buku ‘Di Mana DIA Di Hatiku‘ (best seller) Pahrol Mohd Juoi
6 comments:
Allah dihati
mencari keredhaan dalam bersahabat tetaplah pada kebenaran dan keikhlasan...
kita diuji kerana kehidupan ini satu ujian...
setuju ngan aien....
imanshah.....
Dihati kita juga.....
Kita manusia tak sempurna kan?
kenangan pahit thn ni bila kwn baik sendiri bermasam muka dan x nk bertegur sapa..perangai cam hampeh je..tp atas sbb ukhuwah, kitorg still berkwn..geram tu ada tp x tergamak nk buang kwn ;)
betul tu empayar... kta perlukan rakan utk ingat mengingatkan.....
eera....
bersabar itu satu tuntutan...
biarlah kwn bermasam muka... tapi jangan eera berpaling dari nya...
mungkin satu hari nanti akan timbul hikmahnya...
Post a Comment