Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.
Salam Maulidul Rasul buat semua....
bersama2lah kita tingkatkan keimanan ,suruhan , sunnah dan juga larangan Rasullullah.
Semoga hidup kita semua diberkati....
24 comments:
harap2 kita semua ingatkan rasulullah selalu bkn time maulidur rasul je..
"Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad"
Salam Maulidurrasul buat semua
salam maulidur rasul abang remy .
"Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad"
SHAH....
betul tu....
Rasullullah sentiasa dihati......
citra....
salam MaulidulRasul juga.....
lynda....
utk lynda juga....
salam Maulidul rasul....
cinnamon.....
Bersama kita menghayati Kebesaran Rasul kita.....
Salam Maulidur Rasul juga buat tn blog :)
Lama tak lawat remy...salam maulidulrasul....
salam maulidur rasul
Salam Maulidur Rasul
azleen...
salam maulidul rasul jugak.....
fabulous ngan tira.....
remy ucapkan selamat menyambut maulidul rasul jugak utk korang berdua....
ayie ....
doakan yg terbaik utk semua umat Nabi Muhammad...amin
Kancil....
salam maulidul rasul utk kancil sekeluarga....
salam maulidurrasul buat remy..salawat atas nabi
Utk Abg zarul jugak...... salam maulidul rasul...
Mari kita sesama amalkan sunnah Rasul Allah Muhammad. Akhlak Rasul yang terbaik utk kita semua.
betul tu abe.....
alangkah indahnya hidup kalau semua mengamalkan nya.....
Trm kasih bang ..sebab .. berkongsikan bersama ayat2 indah ni dan .. berkongsi tentang sunnah nabi :)
mekasih umi....
perkara yg baik harus dikongsi...
Salam Maulidur Rasul abang remy.. :)
utk aien jugak......
salam maulidul rasul !
Post a Comment