Thursday, February 9, 2012

Kaya ILUSI........



Betapa ramai orang kaya terpaksa hidup ’miskin’ di tengah-tengah kekayaannya. Dia mempunyai harta tetapi tidak dapat menikmatinya. Kononnya mencari harta demi kebahagiaan isteri dan anak-anak tetapi akhirnya mereka menjadi korban kesibukan dan kerakusannya mencari harta tanpa henti. Betapa ramai mereka yang mencari wang sehingga tidak sempat menikmatinya. Menumpuk harta tahun demi tahun sehingga mengabaikan ibubapa, keluarga, kesihatan, kasih sayang dan kejiranan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ”Sesungguhnya yang dinamakan kaya adalah kayanya hati (hati yang selalu berasa cukup). Sedangkan fakir adalah fakirnya hati (hati yang selalu berasa tidak puas)” riwayat Ibn Hibban.

Hati yang berasa puas dengan apa-apa yang ada ialah hati yang qanaah. Qanaah bukan bererti kita malas atau acuh tak acuh dalam mencari rezeki tetapi berasa cukup terhadap apa-apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Hati mereka tidak tercalarpun oleh rasa bimbang, putus asa, kecewa dan marah sekalipun rezeki yang mereka miliki tidak seberapa. Inilah kaya yang sebenarnya kerana kualiti jiwa tidak akan tergugat oleh kuantiti harta.

Rasulullah s.a.w telah menggambarkan keadaan orang yang dikurniakan sifat qanaah ini melalui sabdanya yang bermaksud, ”Sesiapa dari kamu yang berasa aman di rumahnya, sihat tubuh badannya dan memiliki makanan untuk hari itu, ia seakan-akan telah dikumpulkan untuknya dunia beserta isinya.” riwayat al Tarmidzi.

Kaya ilusi akan hidup dalam dunia fantasinya, dirasakan dialah yang paling kaya tetapi hakikatnya dialah yang paling miskin kerana sifatnya yang tidak pernah puas dan menghambakan diri terhadap sesuatu. Tenaga semakin berkurangan, usia semakin senja..dalam hatinya cuma ada suara: ”hartaku, hartaku..” hakikatnya harta itu bukan miliknya lantaran akan menjadi milik waris-waris yang ditinggalkan. Jutawan ilusi hanya umpama seorang jaga yang mengawal jutaan wang dalam bank yang bukan miliknya!

Wallahua’lam

Petikan dan suntingan dari ’Solusi’ panduan hidup bersyariat

26 comments:

LyNdA Aziz said...

biar tak kaya dari segi harta . harta tak dituntut di akhirat nanti . kann ?

eeiyss said...

menarik..

Aien Not Alien said...

penuh pengisian...


kaya harta berdarjat disisi manusia sahaja....jangan biarkan ilusi menipu diri...

Fabulous Me said...

Jauh2kan la dr benda tak elok.. Nauzubillah..

AYIE ABAS said...

remy...entry yg sangat2 bermanfaat.

Sue Unnie.. said...

mitak kaya hati ^^

remyhazza said...

lynda.....
betul tu....
biar miskin harta..... tapi kaya budi bahasa...

remyhazza said...

eeiyss.....
ilmu yg baik biar dikongsi.....

remyhazza said...

aien.....
benar sungguh kata2 mu....
jgn biarkan ilusi mengaburi diri....

remyhazza said...

fabulous.....
doa utk semua semoga dipelihara hidup didunia dan juga diakhirat....

remyhazza said...

ayie.....
thanks so much.....

remyhazza said...

sue.....
betul tu.... biar kaya hati......
agar kita tak buta perhitungan....

EmpayarUtama said...

Saya nak kaya tapi beli yang kecik je. Eh bukan kaya yang tu ke?

baguznet said...

tapi akhir zaman ni yg byk org kejar ialah kaya ilusi

remyhazza said...

empayar......
tu pun kaya jugak.... he3
lemak berkrim lagi..

remyhazza said...

baguznet...
setuju ngan bro....
tanpa kita sedari....

Ayuni said...

hm, sesungguhnye manusia serba kekurangan....

COOL RC STORE said...

Harta yg terbaik utk ditinggalkan kepada keluarga, anak2 dan isteri...ialah ilmu & agama :)

maszull said...

assalamualaikum remy...nice n3...:)

Noor Wahidah Mahat said...

bagus.. kdg2 kita kena bagi kesedaran macam ni kan..

salam singgah..

jemput singgah blog madam.. ;)

-www.madammondoq.com-

Eera Shera said...

bila rezeki yg kita dapat tu dari sumber halal, hati pun tenang, hidup pun senang walopon tak lah kaya mana

remyhazza said...

Ayuni....
betul dgn kata kata awak tu.....

remyhazza said...

coll rc store....
hanya itu yg akan diperlukan di akhirat nanti......
doa anak2 yg soleh....

remyhazza said...

mama...
tq so much !

remyhazza said...

Noor Wahidah.....
InsyaAllah . remy akan berkunjung nanti.....

remyhazza said...

Eera....
betul tu....
InsyaAllah dgn keberkatan.... rezeki kita takan putus....

 

Template blog ilham dari alif ismail