Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH





Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang
 penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah
pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada
  1 Muharam serta merupakan hari
 pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah 
(Al Baqarah: 91).


Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, 

Sebelum masuk waktu Maghrib.Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


Selamat menyambut maal hijrah utk semua keluarga , sahabat , kenalan dan juga teman teman bloggers.


6 comments:

Fendy said...

Salam Maal Hijrah....

Kancil 8349 said...

salam Maal Hijrah

EmpayarUtama said...

Salam tahun baru juga. Umur makin naik kita makin tua...

c'axoera said...

salam maaj hijrah :)

CikGu Ma said...

berhijrah dari keburukan kepada kebaikan...salam maal hijrah dan salam ukhwah =)

sambutan sekadar adat atau penghayatan???

Laylihamid.blogspot.com said...

Salam Maal Hijrah 1433. Semoga buku amal kebaikan lebih tebal dari buku amal kejahatan. Amin.

 

Template blog ilham dari alif ismail