Wednesday, September 12, 2012

The Cold light of day ..... saspen dan action...!



Salam utk semua.... terima kasih kerana masih lagi sudi singgah kat blog remy nie.... amat2 dihargai.....sayang kenkawan semua tau !
dah lama remy tak buat entry pasal muvie kan ??? camner tu ??? kan tgk muvie hobby remy !!!! he3.... sebelum nie remy ada jugak tgk Step Up revolution......cuma tak sempat nak review..nape ek ???

The Cold Light of Day Movie Poster
step up tu remy nonton masa bulan ramadhan... tak sesuai nk buat entry bergambar sebab pic2 tu tak beberapa sesuai... so remy boleh ckp..... step up revolution tu memang terbaik dan paling best so far !!! mobbed style.......tak sabar nak tunggu dvd release.....
kali nie remy nak crita pasal satu crita baru yg remy sempat nonton kat alamanada weekend hari tu... muvie The Cold light of day..
memang best remy rasakan..lakonan hero pujaan remy bruce willis yg remy suka sangat..tapi sayang, watak dia sikit jer..... dah kena tembak terus kiok!!!!
kisah bermula dengan adengan percutian satu keluarga di spain diatas sebuah kapal layar. kita sepasang suami bersama dua anak lelakinya dan juga kekasih kepada adik hero.hero dlm crita nie namanya will lakonan henry cavill. will yg berada dlm keadaan tertekan disebabkan masalah pekerjaannya sewaktu percutian tersebut telah menyebabkan satu eksiden kecil yg menyebabkan will terpaksa ke daratan utk mendapatkan telefon dan ubatan.
Sekembali will ke kapal tersebut , seluruh familynya hilang dan keadaan kapal yg tidak terurus..... will panik dan cuba mendapatkan bantuan penduduk setempat tapi mencurigai pihak terbabit kerana  pihak tersebut yg lebih mengetahui pasal keluarganya..... will cuba melepaskan diri dan akhirnya diselamatkan oleh bapanya.
Disitulah will mengetahui punca sebenar keluarganya diculik dan  siapa sebenarnya ayahnya. will akhirnya cuba membantu bapanya yg seorg agen CIA menyelamatkan keluarga mereka .... tetapi bapa will telah dibunuh oleh kwn agent nya sendiri dgn agenda tertentu..... will yg bingung kerana dihubungi oleh pilah penculik yg ingin mendapatkan kembali satu beg rahsia yg telah diambil bapa will.
pelbagai konflick timbul bila will cuma hidup dlm pelarian dan diburu oleh dua agency yg ingin mendapatkannya.... satu utk membunuhnya demi menutup bukti dan satu lagi utk mendapatkan kembali beg rahsia pihak israel tersebut. will akhirnya bertemu dgn agen pihak israel dan cuba menjadi umpanan mereka utk menarik perhatian satu lagi pihak iaitu CIA yg ingin menjual beg tersebut.
dan menghapuskan Will.
berlakulah sesi kejar mengejar , tembak menembak dan juga kisah kekeluargaan dimana will akhirnya bertemu dgn adik tirinya yg tidak dikenali sebelum ini.....menarik kan?... remy suka part aksi kejar mengejar kat tengah2 bandaraya madrid tu..... memang ohsemmmmm.
so kalau nak tgk kesudahan bagaimana keluarga will terselamat, siapa yg salah dan siapa yg benar.... kena pi tonton sendiri..... apa yg remy boleh ckp...... remy suka filem nie... aksi dan drama..... muslihat dan perangkap......
so... enjoy the movie......






22 comments:

Cikgu Ma said...

memang cool la citer ni..suka genre macam ni...tp satu jer kurang saya ni, x penah masuk panggung kecuali sy dapat copy dr sape yg download...hehe

hazwan hairy said...

hery dh tgk..sgt best!

Shida Radzuan said...

wahhh teruja nih...insyallah lepas nih..kt hehee..thanks remy bt review nih..

THE AUTHOR said...

Bruce Willis mana boleh mati...huhuhu.
Die hard tak mati2 pun..

Unknown said...

wah..bro..best review.. :)

follow sini ya..

~Beb~ said...

nak kne ajak cinta tgk nih!

Jahirah said...

cite action selalunya best....

Unknown said...

cikgu ma....
kena try sekali tgk kat cinema.....
kepuasan dan sound lain kalu kita tgk kat rumah..... tak caya ...cuba try!

Unknown said...

hairy....
ya betul....! ohsemmm crita nie.....

Unknown said...

shida...
mekasih.... selamat menonton nanti....

Unknown said...

bro hanif....
tu ler,,,, frust!..cepat sangat dia mati....... buat2 koma dah ler.....he3

Unknown said...

asyraf.....
Tq.... remy follow balik nanti... slaam kenal.....

Unknown said...

FM....
harus..... mesti cinta suka tgk...... action dan action.....

Unknown said...

aishah.....
betul...... scene tu kekadang buat kita yg nonton nie pun terasa sama......

Everything's Everythings said...

Wahhh cerita action ke ni?
msti best kalau tgk kt cinema ;D

mrs eyza said...

aisehhh remy suka tinggalkan cerita di saat saspen sedang berlaku hehe... cayalah remy suka pi tgk wayang rupanya ekk.

beat said...

terbaekk...msti tgk

LiNda said...

alamak, remy da tgok. linda x tgok lg ni. I like cite action, bruce willis pulak tu.

Unknown said...

everything2....
betul.... kalau tgk kat cinema memang best!!! puas

Unknown said...

eyza....
kan remy ckp...kalau crita semua tak best !!!! karang panjang sangat sampai jadi novel.....he3

Unknown said...

dunia fana....
haruss...... enjoy the movie.....

Unknown said...

linda....
same ngan remy.... suka tgk lakonan bruce wilis nie.... ada karektor, gigih macho pulak tu.... tapi scene dia pendek sangat....
cam cameo !

 

Template blog ilham dari alif ismail