Friday, January 4, 2013

Ujian hidup punca hilang bahagia?

Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaan, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan ........Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya terus menimbulkan sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur. 

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia. Sebaliknya rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Wallahua’lam
Petikan, olahan dan suntingan dari: 
blog GENTA RASA : kuatkan fikir, tingkatkan zikir - Pahrol Mohd Juoi

Pic Sumber Google !

34 comments:

mrs eyza said...

ujian hidup sebenarnya akan membawa bahagia sbb tu Allah uji setiap hambaNya. Ujian tanda Allah tahu hambaNya kuat dan tabah.

maszull said...

assalamualaikum remy....sentiasalah bersabar n redha akan ujian dr NYA hanya org2 yg sabar akan dpt mengatasi segala halangan n ujian dr Allah tu..:)

Unknown said...

eyza...
betul tu...
ujian juga buat kita sedar yg kita perlukan Nya....

Unknown said...

mam
wassalam.....
InsyaAllah....kena byk bersabar dan redha dgn ujian Allah...

hazwan hairy said...

apa-apa pun kena redha dan terima saja ujian pape driNya..salam jumaat :-)

Unknown said...

Hairy...
betul tu hairy...
salam jumaat.....

Asmar Arafad said...

Jika kita redha kita boleh tahan ujian, tapi bila pikiran di kuasai nafsu macam2 boleh jadi

Saya Disini said...

ujian itu nikmat

Unknown said...

Salam jumaat remy..nice laa n3 kali ni..betol ape yg remy olahkan ni..bukan ujian hidup menyebabkan kehidupan tak bahagia..penyebab utama adalah emosi dlm diri..kalau kita bijak handle emosi, bahagia laa kita..kalo sebaliknya, hidup pasti dirundung kesedihan berpanjangan..:)

Unknown said...

asmar....
betul tu...nafsu kekadang mengatasi segalanya..... melawan nafsu ujian terbesar buat kita...

Unknown said...

saya disini....
true..... ujian itu nikmat....

Unknown said...

Cheq kaq...
salam jumaat dari remy....
emosi mengatasi segalanya..... kalau kita bijak kendali...alhamdulillah... ujian getir dapat diatasi...

Chot said...

Hidup n ujian xdpt dipisahkan. Hari2 ada exam...jd kne sediakan setiap hari utk hdpi exam..xde soalan bocor lak tu. Kne try n error.. Salqm pg jumaat

Unknown said...

ishy77..
betul tu..... setiap hari adalah ujian dlm hidup kita.....
salam jumaat sahabat....

Dylla Abas said...

sgt suka entri ni..betul,dugaan bkn punca hilangnya kebahagiaan dlm hidup..dugaan tu sbnrnya akn menjadikan kita manusia yg lebih bahagia jika kita yakin akan janji Allah ttg hikmah di sebalik setiap dugaan :)

Unknown said...

entri ini sedikit sebanyak menyahkan lara di hati sob sob

~Beb~ said...

semoga kita lebih kuat mengharungi segala dugaan dan ujian yang bakal DIA berikan.. InsyaAllah

Unknown said...

dylla...
betul tu..... hikmah disebalik ujian itu yg lebih bermakna....

Unknown said...

warna warni kehidupan.....
alhamdulillah....
Biarkan lara itu pergi...sesungguhnya ujian itu membuatkan diri kita bertambah tabah....

Unknown said...

FM...
InsyaAllah... Amin....
harap2 kita semua kuat......

afzalsukasuki said...

mak aih remy harini aku rasa macam salah masuk blog plak, penuh ngan motivasi ngan kata2 semangat :)

Unknown said...

love this artikel ! heheh patut cm penah bc, mar ingat remy punye fikrah sma ngan Ust Pahrol, at last tengok oo ptut la. nice sharing ! HIDUP memang utk DIUJI.. matlamat meraih qalbun saleem ^_^

ayut said...

takla..mne ada ujian penghilang bahagia..ujianlah yg menceriakan kehidupan..klu tak mesti same je kehidupan seharian kita..ada masalah bru best. :)

Unknown said...

zal....
sampai hati sampai salah masuk blog ye......he3....
hari jumaat... kita war2kan ilmu dan perkara2 yg baik2....

Unknown said...

Cik mar....
remy berkongsi ilmu dan kata2 dari ust pahrol.... nice entrynya....

Unknown said...

ayut,,,
ada kebenaran kata2 tu.... ujian buat kita kuat...ujian buat kita sedar siapa diri kita

Aien Not Alien said...

makanya...hendaklah bersabar dalam segala bentuk ujian. kebahagian setelah diduga itu lebih manis selalunya. :D

TiranaAduka said...

salam remy hazza
Kita sentiasa di uji oleh yg maha esa.ringan dan berat bergantung pd amalan masing masing.tq remy sudi kogsikan

Unknown said...

aien...
betul tu......ada kemanisan dlm dugaan....

Unknown said...

Bro tirana....
wassalam bro.....benar...hanya menguji mengikut kemampuan kita......

Unknown said...

Bila datang nya ujian ramai yang suka menyalahkan takdir.sedangkan ujian itu adalah untuk menguji keimanan kita..

TiranaAduka said...

betul tu diana.

Unknown said...

kak diana....
betul tu kak..tak elok salahkan takdir... ujian tu pengukur keimanan kita....

Unknown said...

Bro tirana...
:) remy setuju juga...

 

Template blog ilham dari alif ismail