Thursday, January 19, 2012

Air Tangan Seorang Ibu.......

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap, begitu selalunya dikata orang dan realitinyapun begitu. Percayalah..seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Hakikatnya itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah ’air’ dalam erti kata fizikal tetapi air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati ltulah yang mengalirkan ’air tangan’.

Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk ’mendapat’ tetapi untuk ’memberi’. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk ’memberi’ kasih sayang kepada anaknya berbanding seorang ’chef’ yang memasak atas dorongan ganjaran komersil.
Ya, ibu memasak untuk memberi sedangkan chef memasak untuk menerima. Memberi itu lebih gembira daripada menerima apabila ia ditunjangi rasa kasih sayang. Orang yang melaksanakan kerja dengan gembira pasti kualiti dan nilainya tinggi. Niat untuk memberi itu lebih dekat dengan ikhlas. Ya, ibulah manusia yang paling ikhlas berbakti untuk seorang anak!

Realitinya ’air tangan’ bukan hanya ada pada kerja memasak malahan ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehinggalah seorang buruh kasar. Setiap individu muslim wajar bekerja kerana ALLAH untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan ALLAH, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, ”Bahawasanya ALLAH SWT suka apabila seseorang daipadamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya.”

Wallahua‘lam

Petikan dan suntingan dari buku ‘Di Mana DIA Di Hatiku‘ (best seller) Pahrol Mohd Juoi

20 comments:

LyNdA Aziz said...

betul . air tangan mak lynda sedap . tapi air tangan lynda lagi sedap . hehehehehe

Eera Shera said...

sentiasa rindukan masakan mak ;)

wawa meiko said...

Yaaaaaaaaa , setuju dengan entry ini . Sebenarnya merindui masakan Ibu . Ibu memang ikhlas untuk anak-anak nya . Syukur .

Aien Not Alien said...

mana2 mak kalau masak apa pun....memang sedap!!!

Nazri Razra said...

Alahai... tetiba Rindu la plak kat Mak kat kampung... Waaaa... nak balikkkkkk.....

maszull said...

assalamualaikum....seronok bila dpt memasak dengan tangan sendiri buat santapan keluarga mama...:)

baguznet said...

betul, sebab itu dikatakan "tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima". Antara contohnya spt dlm kes ini

Unknown said...

setuju ngan kenkawan semua.....
air tangan ibu yg terbaik.....
tiada duanya.....

Yumida said...

yup...plg suka masakan mak...masakan kt kedai pn sodap.....masakan sendiri...hmmmmm...kureng sket

Yumida said...

yup...plg suka masakan mak...masakan kt kedai pn sodap.....masakan sendiri...hmmmmm...kureng sket

~Beb~ said...

Beshhhnye kan klu dpt ayaq tgn ibu!

Unknown said...

yumida.....
takpe .... lama2 nanti sedap ler tu... mesti anak2 awk nanti terkenang kenang !

Fabulous..
kalau boleh nk hari2....
walaupun simple.... tetap tak sama kat kedai....

♪ cik katak ♪ said...

a'ah air tangan mak mmg sedap :)

yang penting semua menda yg kita buat ikhlas dan ada kasih syg, rasa dia memang lain.

ada magis kata org :)

Unknown said...

betul tu cik katak....
org kata terbest !!!!

Oh Lady said...

best sangat...rindu masakan bonda,but bonda dh pergi meninggalkan selama lamanya...hurm..sadis.. :=(

Unknown said...

amanda....
biarpun dah tiada....
masakan bonda tetap terpahat kat dlm hati kita.... masakan itu antara kenangan yg ditinggalkan.... moga awk tabah menghadapinya....

Cikgu Ma said...

terbaik!!!

insyallah, saya juga ingin menjadi pemberi air tangan...doakan cepat kawen...(",)

Unknown said...

amin..... dah dekat dah tu.... cikgu ma...

chegu abbas said...

makanan ibulah paling sedap.....

Unknown said...

betul tu chegu....
tidak sah lagi....

 

Template blog ilham dari alif ismail