Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha........

Assalamualaikum.....
Salam Aidiladha untuk seluruh umat islam.....
selamat menjalani ibadah korban bagi yang melakukannya,
semoga  ibadah kita diterima oleh Allah....
Buat semua yang mengikuti dan mengenali teman disini ,
Sesuci hati teman , seribu kemaafan dipinta, sekiranya ade terguris tinda kepada semua kawan2 bloggers dan juga pembaca blog teman ini. Kita tak tahu sejauh mana amalan kita....
baik , bersih , buruk atau sebaliknya, hanya Allah yg menilainya...
sekiranya ade komen2 yg teman berikan tidak bersesuaian...harap diampunkan....begitu juga dgn chit chat kita seharian....
maaf kalau ade shoutmix teman yg merapu menyentuh perasaan.....
huluran tangan kemaafan yg teman minta.....
teman hanya manusia biasa yg terkadang khilaf dan alpa..

berbalik kepada ibadah korban.....
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)


Betapa besarnya pengertian korban itu sendiri.....
jadi kalau sesiapa yg ade rezeki lebih tu..... rajin2lah melakukan ibadah korban......

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”

(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita
lakukan.

Sekali lagi.....
selamat menyambut hari raya Aidiadha....
berhati hati ketika pulang beraya....
semoga semuanya selamat sampai dan kembali....
sesungguhnya , perjalanan kita masih jauh lagi....
semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.


2 comments:

Unknown said...

salam aidil adha :) semoga perjalanan hidup kita di redhai olehNYA..

Unknown said...

Salam edul adha...

 

Template blog ilham dari alif ismail