Friday, May 25, 2012

Slower is Faster


PERLAHAN itu lebih CEPAT

Kecenderungan orang bekerja adalah lebih cepat, bukannya lebih lambat..mengapa demikian? Lebih cepat sering dianggap baik, padahal belum tentu demikian. Cuba kalau anda sedang mencari suatu tempat sambil memandu. Anda perlu mengorbankan waktu untuk mempelajari peta lokasi dan bertanya. Ini nampaknya membuang masa, namun ia adalah pelaburan.

Setelah anda pasti tempat yang hendak dituju, anda boleh terus memandu lebih cepat lagi. Tetapi kalau anda belum pasti lokasi yang dicari, semakin anda memandu kereta dengan laju, semakin berisiko untuk tersesat. Dalam hal ini lebih cepat lebih lambat.

Benar, kita mesti lebih cepat. Oleh itu jangan salah faham, saya tidak mencadangkan anda untuk menjadi lebih lambat kerana anda boleh kalah dengan pesaing yang ada. Saya hanya mengatakan dalam segala hal yang anda lakukan, harus ada persediaan yang cukup. Anda harus mempunyai bekal, punya peluru. Jangan maju ke satu ”pertempuran” sebelum membawa bekal yang cukup untuk membuat anda menang. Benar, persediaan tentunya boleh membuatkan anda kelihatan lebih lambat di awal tetapi ini akan menjadikan anda lebih cepat berhasil di kemudiannya.

Lihat contoh ini..kalau anda menjadi orang atasan, apa yang akan anda lakukan apabila anak buah anda mengalami kesulitan dalam melakukan sesuatu pekerjaan? Majikan yang mahu cepat mungkin akan mengambil jalan pintas. Ia akan mengambil alih pekerjaan orang bawahannya. Ini tentu sahaja akan jauh lebih pantas berbanding melatih orang bawahannya agar melakukan pekerjaan sebaik anda. Belum lagi dengan faktor risiko yang harus anda tanggung kalau terjadi suatu kesalahan.

Tetapi di sinilah terletak risikonya. Sekali anda mengambil alih, selanjutnya orang bawahan akan sentiasa bergantung kepada anda. Dengan demikian ia akan memperlambatkan anda dalam menyelesaikan tugasan anda sendiri!

12 comments:

Nasz said...

betul tu. tindakan lambat dan cepat bergantung kepada situasi.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

Farah Farhana said...

yeah~
btul3~
tp siput tu comel la plak

Anonymous said...

hoho tersurat dan tersirat entri kali ni >.<

Unknown said...

cepat atau lambat ayie rasa ikut keadaan dan keutamaan sesuatu perkara itu.

Aien Not Alien said...

betul2..dalam situasi kita ambil alih untuk cepatkan sesuatu tugas sebenarnya melambatkan lagi adalah...dorang akan bergantung harap pada kita lain hari, lama2 terbiasa terus langsung takde sebarang peningkatan...

Unknown said...

NASZ...
yup.....cepat atau lambat...kena sentiasa berhati2...

Unknown said...

farah....
ciput yg first tu memang tomei!!!

Unknown said...

sis....
related to work dlm seharian jugak....

Unknown said...

ayie....
benar.....bergantung pada keaadaan....

Unknown said...

aien....
benar kata2 aien.....
kerana nak cepat..... kita terlupa benda2 lain.....

Dylla Abas said...

apapun..persediaan awal tu memang perlu untuk pastikan kerja kita berjalan lancar :)

setuju dgn entri ni...nice!!

Unknown said...

dylla....
betul tu....
rancang dulu dlm apa2 yg kita lakukan......bygkan kalau terburu2...kalau ada kesilapan.....kan kena buat balik.....

 

Template blog ilham dari alif ismail