Monday, November 19, 2012

Qunut Nazilah .... sesama kita berdoa...

Salam utk semua....
salam bertemu lagi...... hari ni remy nak berkongsi satu doa . demi utk saudara saudara kita di Gaza.....
kredit utk Ayie utk Doa Qunut Nazilah ni....
remy ambil entry nie dari blog ayie..... nak berkongsi pada semua.....

daku amat menyintaimu

Maksudnya : 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau.”

Selamatkan Gaza
Doa Qunut Nazilah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W ketika pembunuhan para penghafaz Al-Quran. Doa Qunut Nazilah ini SUNAT dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana, musibah, peperangan, wabak penyakit, kemarau & lain2.

Semoga Allah mendengar isi hati kita semua..... sedih dgn apa yg berlaku disana dan juga umat islam lain diseluruh dunia..... kuatkan keimananan mereka semua......amin

30 comments:

Anisa Anuar said...

amin...tq 4 the sharing...

Unknown said...

anisa...
kredit to ayie..... benda yg baik kita kongsi bersama....

QA's ~ mamapapa said...

Trima kasih sgt2 ..a very good sharing.jom sama2 kita amalkn doa ni,amin :)

Unknown said...

QA's....
sama sama.....kata2 adalah doa.... hanya itu yg kita mampu lakukan....

Cikgu Ma said...

hanya doa yg mampu kita panjatkan buat mereka...

LiNda said...

thankz for sharing..semoga cepatla peperangan ni tamat. Dah xsggup tgok kanak2 yg x bersalah

hazwan hairy said...

sedihnya... :-(

Kakzakie Purvit said...

Memang dah sampai masa kita baca Qunut Nazilah ini. Surau tempat kakak dah mulakan sejak 2 Muharram lepas.

MalizaMah said...

bilalah pengakhirnya....

Unknown said...

cikgu ma...
betul tu...apakan daya kita.... moga doa2 kita dimakbulkan....

Unknown said...

linda....
same with remy..... sayu bila lihat kanak2 dan org awam menjadi mangsa.....

Unknown said...

hairy...
sedih kita melihat...yg menanggung...? betapa peritnya kesengsaraan.....

Unknown said...

kak zakie....
Alhamdulillah......kak...
kita membantu sedaya yg mampu...... moga peperangan dapat dihentikan....

Unknown said...

leeza....
bila air mata sudah tak bererti lagi......dunia terlalu kejam buat mereka......

Domu-kon said...

sebak tgok gmbr..entah..rasa cam xberguna pun ada sbb xdpt bantu..Thanks for sharing..:)

inche hlovate said...

apa la salah kanak-kanak kan..kesian

Unknown said...

Domukon....
Usaha kita dari jauh......hanya doa buat permulaan..... jauh kan mereka dari sengsara.... hentikan peperangan.

Unknown said...

Inche hlovate
itulah...kasihan pada kanak2 yg tak berdosa.... takde belas ehsan langsung rejim israel tu.....

TiranaAduka said...

salam bro.
Thanks sharing bro remmy.

Unknown said...

Bro tirana....
wassalam .....
mekasih...kita doakan bersama sama ya.....

Unknown said...

seluruh insan yg punya hati dan perasaan akan simpati pd pddk Gaza yg serba kekurangan berbanding israel yg lengkap serba serbi dan punya dana yg byk serta disokong kuasa2 barat...

yg ada pd pddk Gaza...hanyalah iman yg kental pd Allah...

p/s : blog remy ada amaran malware semula laa...

mrs eyza said...

Tq remy coz share.. sama2 kita berdoa utk gaza

Aien Not Alien said...

sama2 kita berdoa abg remy.


#kanak2 tak berdosa jadi mangsa :(

Unknown said...

ayie...
betul ayie...kalau kita tak tersentuh , nampak sangat kita bukan berhati manusia..... palestin dan israel ibarat langit dan bumi.....

ayie..malware tu main cak2 pulak..kejab ada kejab takde....

Unknown said...

eyza...
insyaAllah...doa setiap masa utk gaza.... hentikan kesengsaraan mereka.....

Unknown said...

aien...
insyaAllah...doa utk gaza....

cheryna zamrinor said...

Terima kasih Remy. Ini boleh diamalkan. Semoga saudara2 kita2 aman di sana ;-)

maszull said...

assalamualaikum remy...sedih tengok kanak2 yg jadi mangsa kekejaman manusia ni...;(

Unknown said...

sha..
insyaAllah... biarpun sudah dihentikan serangan... tapi penduduk gaza perlu bangkit bangunkan kembali negara mereka....

Unknown said...

mama...
wassalam... remy kekadang sampai takut nak tgk berita atau gambar pasal peperangan... sayu rasanya....

 

Template blog ilham dari alif ismail