Saturday, August 4, 2012

Kisah disebalik doa.......


Kisah berkenaan doa seorang abang dan seorang adik.


Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas.

Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT.Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini sangat mendalam maknanya, dan buat kita semua sentiasa berfikir panjang......

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul.
Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita…


doakan yg baik2 untuk remy ye sahabat semua.....

22 comments:

Cikgu Ma said...

tacing...doa, kadang lambat dimakbulkan kadang2 cepat dimakbulkan..yg penting kena usaha dan tak lupa Tuhan...

maszull said...

assalamualaikum remy....sedihnya bila baca cite ni sayu jer yang sedihnya bila adiknya dah x ada barulah si abang tahu...:(

Remy hazza said...

cikgu ma.....
doa adalah salah satu usaha kita..... sentiasalah berdoa..
cepat atau lambat.... itu urusan Allah

Remy hazza said...

mama
wassalm....
same ngan remy.... tak sangka hati adiknya lebih mulia.....

Leeza dayasari [santai leeza] said...

terharunya...
hmmmm

Dylla Abas said...

sedihnya..mulia sungguh hati si adik :(

Remy hazza said...

leeza.....
jgn ler camtu......
sedih kan.....

Remy hazza said...

dylla abas..
kemuliaan seorg insan keatas abgnya......

pinkcolour82 said...

alahai..tersentuh hati baca kisah nie.....
p/s : doa org yg bersih hatinya, lebih suci.

Remy hazza said...

cik mala.....
betul tu... kisah dan pengajaran....
semoga hati kita semua bersih....amin

Mia Meymi said...

sedih plak bila baca..
apepun kisah ni bole beri ksedaran yg paling brmakna..

sis92 said...

kisah ni sama macam ada 1 cerekarama tu kat tv3 tahun lepas tak silap tp mmg sedih gila cite tu , serius sama :))

Remy hazza said...

mia..
betul tu....buat renungan kita semua......

Remy hazza said...

sis... welcome back....
mungkin cerekarama tu berdasarkan crita lama ni kut.....
sure touching habis kan crita tu.....
selamat berpuasa....

3no gr33ny said...

cerita yang sangat menarik..sanggup hamba lapangkan masa untuk baca ni =)

Eza Boom Boom :) said...

bestnya cerita ni. thumbs up!! :) Cukup memberi pengajaran. Doa ibu bapa untuk kita pun mudah makbul. Doa dari kawan-kawan yang baik...

Remy hazza said...

3no gr33ny
terima kasih kerana membaca sahabat.......

Remy hazza said...

eza..
betul tu...doa ibu bapoa utk anaknya adalah yg paling mustajab......
jadi berbuat baiklah dgn ibubapa....

Kancil 8349 said...

sedihnya

Remy hazza said...

kancil....
remy yg baca pun terasa sayu... kemuliaan seorg adik.....

misz_eyza said...

terharu baca cerita ini betapa si adik sentiasa menyayangi abang walaupun abangnya tidak mempedulikan nasibnya.

sama2 kita merendah diri memohon doa pada Allah s.w.t. Jika doa kita masih belum dimakbulkan ingat lah pasti Allah ada perancangan yang terbaik untuk hambaNya yang tidak jemu berdoa.

Remy hazza said...

eyza...
benar belaka kata kata eyza....
bersabar , dan sentiasa berharap.... yakin dgn kuasa Allah....

 

Template blog ilham dari alif ismail