Thursday, July 19, 2012

kisah dari helang..........

Belajarlah dari helang
Ada yang dapat kita pelajari dari helang. Helang burung yang terbang tinggi, berani dan suka pada cabaran. Helang suka pada ribut atau angin kuat, helang akan menggunakan kekuatan angin itu untuk menaikkan badannya lebih tinggi ke angkasa. Apabila ia bertemu kepala angin ribut, helang akan melunsurinya untuk naik lebih tinggi hingga adakalanya melepasi awan.

Ya, inilah sifat juara sebenar. Sang juara melihat peluang di sebalik kesusahan. Jika orang lain lari ketika keadaan makin mencabar, sebaliknya sang juara akan menempuhnya dengan lebih berani. Seperti helang, sang juara dalam hidup ini sentiasa percaya, ”layang-layang akan naik hanya apabila melawan angin, bukan mengikut angin.”

Helang punya cara keras dan kasar melatih anak-anaknya terbang. Sebaik sahaja anak-anaknya telah mempunyai bulu dan kepak, helang mula menjalankan latihan terbang yang penuh disiplin.
Bagaimana? Mula-mula ibu helang akan menolak anaknya keluar dari sarang, kemudian sarang dibersihkan daripada ranting dan daun-daun yang lembut dan hanya meninggalkan ranting-ranting yang agak tajam. Itu akan menyakitkan anak-anak helang jika ia kembali semula ke dalam sarang. Ketika itu anak-anak helang terpinga-pinga; mengapa ibu yang penyayang selama ini seolah-olah ’menyiksa’ mereka. Tiada pilihan buat anak-anak helang melainkan terpaksa tinggal di luar sarang.
Kemudian helang akan bertindak lebih ’kejam’ lagi. Ia akan menolak anak-anaknya dari cerun tinggi (di tepi bukit di tempat helang selalu membuat sarang) ke bawah. Jatuh dari cerun yang tinggi, anak-anak helang tiada pilihan lain selain menggerak-gerakkan sayap, ekor dan badannya agar terapung dan terbang. Jika berdiam diri, ia akan jatuh dan terhempas. Bapa helang pula akan mengawasi dan menyelamatkan anak-anaknya jika sesuatu berlaku.

Apa yang dapat kita pelajari? Untuk berjaya kita perlu berani keluar dari zon selesa menuju ke zon mencabar. Jangan takut untuk menempuh cabaran baru atau perkara yang tidak biasa kita lakukan. Biarlah susah dahulu tetapi kesusahan itu akan meningkatkan kematangan, keberanian dan kemahiran kita. Belajarlah dari helang!

Wallahua’lam

Petikan dan suntingan dari buku ‘Nota Fikir untuk Zikir‘ – Pahrol Mohd Juoi









13 comments:

Jahirah said...

masih belum mampu menjadi seperti helang...risk taker si helang ni...super aggresif..tp blh belajar menjadi seperti helang dr sudut yg positif..

Aien Not Alien said...

keluar dari zon selesa itu perlu...menempuh zon cabaran pula memerlukan persediaan mental dan fizikal sebaiknya. jadikan helang sebagai inspirasi menghadapi cabaran hidup!!

hazwan hairy said...

mknan mndlm kata2 ni..

Unknown said...

aishah....
betul tu......
ambil dari sudut yg positif.....

Unknown said...

aien.... benar tu...
semangat helang yg berani..... tapi ingat ...dilandasan dan juga kaedah yg betul.....

Unknown said...

hairy.....
petikan dari org2 berilmu...kita kongsi bersama..ada kebenaran disebalik kata kata.....

Unknown said...

orang yang gagal ialah orang yang langsung tak mahu mencuba..>:)

Aimacomel said...

ye, kalau kita tak mencuba mcamne kita nak tahu yg kita juga boleh terbang cam helang ke tak.. kan?kan?
tp bila dh terbang tinggi jgn lupa sesekali jejaklah kaki kat bumi

Unknown said...

kak diana....
betul tu...tak salah mencuba.....
kegagalan bukan nya penamat..... tapi permulaan utk yg lebih baik....

Unknown said...

babycomel....
belum cuba , belum tahu..... tapi benar..... setinggi manapun terbang...... jgn lupakan bumi.....
diatas bumi kita semua adalah sama saja.....

iEdA said...

keluar dr zon selesa mmg penting..lg pon kalo dlm hidup xda cabaran, mmg bkn normal lah 2..setiap org akan ada hlgn msg2 cuma cmner cara nk mengatasi 2 jer yg bbeza2 :)

Unknown said...

ieda....
betul kata2 tu......
selagi tak keluar..selagi itu kita tak tahu apakah cabaran yg akan kita hadapi....

maszull said...

assalamualaikum remy...perkongsian yang baik ni...:)

 

Template blog ilham dari alif ismail